Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Jom Tengok ‘Close-Up’ iCAUR 03, SUV EV Adventure Yang ‘Rare’ Gila

by Phic ARMAN
September 10, 2025
Share on Facebook

iCAUR Malaysia baru je lancarkan model pertama mereka, iCAUR 03, sebuah SUV elektrik lasak yang katanya “Born to Play” atau dalam bahasa mudahnya, “Sedia Mengembara”. Bukan calang-calang, kereta ni siap ditawarkan dengan ciri adventure EV yang pertama seumpamanya di Malaysia. Nah, jom kita tengok 5 fakta unik pasal kereta ni yang confirm buat korang rasa nak test drive terus:

1. SUV Elektrik Pertama Untuk Kaki Adventure

iCAUR 03 ini bukan sekadar SUV elektrik biasa. Dengan sudut pendekatan 28° dan kecerunan sampai 55°, dia memang dicipta untuk redah jalan lasak. Tambah pula ada 10 mod pacuan semua permukaan, memang ngam untuk yang suka keluar bandar, masuk hutan, atau jalan berlecak.

2. Badan Ala “Ironman”, Mantap & Selamat

Guna casis aluminium monocoque dengan jaminan anti-karat sampai 30 tahun, kereta ni ada ketegaran kilasan yang lebih padu daripada banyak kereta sport moden. Plus, bateri dia siap ada perisai 4 lapis dengan plat besi 10mm – kira memang kebal kalau lalu jalan extreme.

3. Kuasa Dua Versi, Nak Sederhana Atau Power?

Ada pilihan 2WD (184 PS) atau iWD (279 PS) dengan dwi-motor. Yang versi iWD tu siap ada kerusi depan berurut, sistem audio premium 12-speaker INFINITY dan range sampai 418 km. Kalau nak lebih steady, 2WD pun cukup power dengan 426 km jarak sekali cas.

4. Teknologi Futuristik Macam Jet

Dalam kokpit ada skrin HD besar powered by Qualcomm Snapdragon 8155, sistem AVM 540° untuk parking senang gila, plus sokongan Apple CarPlay & Android Auto. Nak caj telefon pun ada wireless charging 50W – laju macam charger gaming phone.

5. Pakej Manfaat Gaya Hidup, Beli Kereta Dapat Starbucks Sekali

Selain harga bermula RM119,800, pembeli awal dapat Wallbox percuma, setahun caj tak terhad JomCharge, merchandise bernilai RM3,000 siap dengan baucar Starbucks, JD Sports, Sunway Lagoon & Touch ‘n Go. Siap ada edisi khas Black Phantom dengan bodykit ganas kalau nak nampak lagi rare.

Pendek kata, iCAUR 03 ni bukan sekadar SUV elektrik, tapi satu pakej penuh gaya hidup, adventure dan teknologi. So, ada berani nak jadi antara yang pertama pandu SUV elektrik “kaki redah” ni?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
iCAUR 03
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Foto - Tune Talk
IbuBapa

Tune Talk Lancar Pelan Mudah Alih Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia Dengan Kawalan Rangkaian Terus

by Nurul A.
June 30, 2026

Ketika keselamatan kanak-kanak dalam talian kini menjadi tumpuan utama negara, Tune Talk tampil menerajui usaha mentakrifkan semula peranan syarikat telekomunikasi...

Read moreDetails
Foto - Samsung
Teknologi

Kolaborasi Samsung, DC Studios & Warner Bros. Pictures, Peminat Teruja Dengan Pengalaman ‘Supergirl’ Di Rumah

by Nurul A.
July 3, 2026

Samsung Electronics Co., Ltd. mengumumkan kerjasama global dengan Warner Bros. Pictures dan DC Studios, menandakan tayangan pawagam pengembaraan adiwira baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara