Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Juara Big Stage 2020! Azzam Sham Tepati Ramalan Peminat

by Khai Azfar
October 5, 2020
Share on Facebook

Menyaksikan persaingan sengit di antara 5 finalis Big Stage 2020 yang juga merupakan kesemua peserta lelaki, penyanyi Azzam Sham menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara bagi musim itu setelah diumumkan secara rasmi oleh pengacara Big Stage, Alif Satar dan Sherry Al-Hadad secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.

Dedikasi Buat Ibu

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 23 telah menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu nya dan Grenade sekaligus berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, rata-rata peminat menganggap persembahan Azam itu seperti mengulangi semula saat awal kemunculannya 11 tahun lalu dalam sebuah program realiti bakat kanak-kanak. Menerusi program tersebut, Azzam turut mendedikasikan persembahan akhirnya buat ibu tercinta.

Sementara itu, Usop yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi, tempat ketiga yang disandang oleh Qody Rani membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Dinie Rashid dan Fadh Majid masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Bagi Big Stage 2020 peringkat akhir ini telah diadili oleh tiga juri profesional yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir selaku juri tetap. Manakala pelantun Tanpa Rela, Misha Omar menjadi juri jemputan dan Presiden Netizen masih mengekalkan selebriti versatil Elly Mazelin.

Markah Penuh Peringkat Akhir Big Stage 2020 

  1. Azzam Sham – 67.85%
  2. Usop – 66.57%
  3. Qody Rany – 61.85%
  4. Dinie Rashid – 60.04%
  5. Fadh Majid – 58.80%
Azzam Shambig stage 2020Juara Big Stage 2020
https://lomp.at/5j6iv
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via imagefx
Sosial Buzz

“Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

by Naja Nix
March 2, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan perbualan ringkas antara seorang pelanggan dan rider penhantaran...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Raikan Valentine Di KL Dengan 5 Aktiviti Seronok & Romantik Bersama Pasangan

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Hari Valentine bukan sekadar tentang bunga atau coklat. Ia juga peluang untuk mencipta memori manis bersama pasangan mahupun sahabat. Jika...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Netflix Tak Bunuh Pawagam, Harga Popcorn Yang Buat Orang ‘Give Up’

by Naja Nix
January 15, 2026

Keluhan mengenai kos menonton wayang kini makin lantang di media sosial, apabila satu hantaran tular di Thread menyindir realiti pahit...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore