• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Judul Rasmi “The Conjuring 3” Diumumkan, Ini Sinopsisnya!

by Phic ARMAN
December 10, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Khas buat peminat filem seram bersiri dari Warner Bros dan New Line Cinema, “The Conjuring“. Lama menunggu, akhirnya siri ketiga filem ini menerima judul rasmi, iaitu “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”.

Pengumuman ini dikongsi dalam akaun media sosial rasmi “The Conjuring”. Seperti yang dijelaskan menerusi judulnya, siri ketiga ini akan mendedahkan kes keganasan yang dahsyat yang sekali lagi disebabkan oleh roh jahat.

Dipetik dari Slashfilm, sinopsis siri ketiga sememangnya berbeza daripada dua filem terdahulu. “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” akan memberi tumpuan kepada seorang lelaki yang sedang dibicarakan kerana membunuh. Tetapi lelaki itu mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana dia dirasuki oleh roh.

Pengarah James Wan yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penerbit dalam filem ini juga mengatakan bahawa kes itu adalah kali pertama dalam sejarah Amerika di mana defendan menjadikan ‘rasukan’ sebagai alasan.

View this post on Instagram

A post shared by The Conjuring (@theconjuring)

“Ia tentang seorang yang diadili kerana kesalahan membunih. Saya rasa ini adalah kali pertama dalam sejarah Amerika bahawa defendan menjadikan alasan kerasukan, sebagai alibi,” kata James.

James Wan juga berkisarkan bagaimana siri “The Conjuring” itu didasarkan pada fail kes-kes Ed dan Lorraine Warren. Oleh itu, cerita-cerita dalam franchise ini adalah berdasarkan cerita sebenar dari keluarga Warren yang sebenarnya.

Dalam filem ini, beberapa pelakon lama seperti Patrick Wilson dan Vera Farmiga pasti akan kembali memainkan peranan sebagai pasangan paranormal Ed dan Lorraine Warren.

Filem ini diarahkan oleh Michael Chaves yang sebelum ini mengarahkan “The Curse of La Llorona“. Mengikut perancangan, “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”  akan dikeluarkan pada 11 September 2020 kelak.

https://lomp.at/x19i5
Share10Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

by Aphit J.
November 23, 2025

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read moreDetails
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

by Aphit J.
October 4, 2025

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read moreDetails
Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

by Phic ARMAN
November 25, 2025

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read moreDetails
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

by Aphit J.
November 1, 2025

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read moreDetails
Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

by Phic ARMAN
December 3, 2025

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    5 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Krismas 2025 Wajib Singgah Di Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore