Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Judul Rasmi “The Conjuring 3” Diumumkan, Ini Sinopsisnya!

by Phic ARMAN
December 10, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Khas buat peminat filem seram bersiri dari Warner Bros dan New Line Cinema, “The Conjuring“. Lama menunggu, akhirnya siri ketiga filem ini menerima judul rasmi, iaitu “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”.

Pengumuman ini dikongsi dalam akaun media sosial rasmi “The Conjuring”. Seperti yang dijelaskan menerusi judulnya, siri ketiga ini akan mendedahkan kes keganasan yang dahsyat yang sekali lagi disebabkan oleh roh jahat.

Dipetik dari Slashfilm, sinopsis siri ketiga sememangnya berbeza daripada dua filem terdahulu. “The Conjuring: The Devil Made Me Do It” akan memberi tumpuan kepada seorang lelaki yang sedang dibicarakan kerana membunuh. Tetapi lelaki itu mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana dia dirasuki oleh roh.

Pengarah James Wan yang akan menggalas tanggungjawab sebagai penerbit dalam filem ini juga mengatakan bahawa kes itu adalah kali pertama dalam sejarah Amerika di mana defendan menjadikan ‘rasukan’ sebagai alasan.

View this post on Instagram

A post shared by The Conjuring (@theconjuring)

“Ia tentang seorang yang diadili kerana kesalahan membunih. Saya rasa ini adalah kali pertama dalam sejarah Amerika bahawa defendan menjadikan alasan kerasukan, sebagai alibi,” kata James.

James Wan juga berkisarkan bagaimana siri “The Conjuring” itu didasarkan pada fail kes-kes Ed dan Lorraine Warren. Oleh itu, cerita-cerita dalam franchise ini adalah berdasarkan cerita sebenar dari keluarga Warren yang sebenarnya.

Dalam filem ini, beberapa pelakon lama seperti Patrick Wilson dan Vera Farmiga pasti akan kembali memainkan peranan sebagai pasangan paranormal Ed dan Lorraine Warren.

Filem ini diarahkan oleh Michael Chaves yang sebelum ini mengarahkan “The Curse of La Llorona“. Mengikut perancangan, “The Conjuring: The Devil Made Me Do It”  akan dikeluarkan pada 11 September 2020 kelak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share10Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara