Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Media Lapor Teguran Pasal Kak KM, PU Syed Kesal Berita Terselit Benda Haram

by Puteri Alia
October 15, 2021
Foto - Erin Sakura

Foto - Erin Sakura

Share on Facebook

Melihat teguran pendakwah bebas terkenal terhadap usahawan kontroversi Kak KM mendapat liputan banyak media tempatan dan YouTuber sebelum ini, menimbulkan isu baru bila mana Pencetus Ummah (PU) Syed melihat terdapat unsur haram dalam penyampaian berita yang dikeluarkan.

Terselit Benda Haram, Gandingkan Foto Pendakwah Dengan Usahawan Miskin Kain

Dalam hantaran terkini PU Syed di akaun Instagramnya, pendakwah ini memberi teguran kepada media tempatan dan YouTuber yang tidak sedar dalam menyampaikan berita teguran kepada Kak KM terdapat unsur haram.

Pendakwah ini mengatakan unsur atau benda haram yang dimaksudkannya adalah, seperti meletakkan foto-foto Kak KM yang tidak menutup aurat dan seksi kemudian menggandingkan foto tersebut dengan fotonya di dalam berita yang dikeluarkan.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Ambe perhatikan betapa lapar viewnya YouTuber-YouTuber dan juga pemilik-pemilik ‘page’ cap ayam, sehingga bila meletakkan berita teguran ambe pada Kak KM, mereka menggandingkan foto ambe dengan gambar-gambar Kak KM yang miskin kain tersebut!!

Tahukah kalian, beza halal dan haram? Kalian bersungguh-sungguh melaporkan teguran ambe kepada Kak KM, tapi kalian selitkan benda-benda haram dalam penyampaian!!

Bukankah saling tak ubah perangai macam dia!!

Ingat dosalah boh!!

Berat66″ Tulisnya

Netizen Beri Respon Bercampur-Baur Mengenai Kak KM

Melihat hantaran terkini pendakwah tersebut, rata-rata ramai warganet berkongsi pandangan dan respon yang berampur-baur mengenai Kak KM di ruangan komen posting Instagram tersebut.

“Biar ALLAH SAHAJA TEGUR DIA”

“Miskin kain”

“Sakit mata dan hati bila tengok. Secara tak sedah hampir mendoakan keburukan buat dia tapi syukur tersear. Ujian Allah untuk dia dan kita yang melihat dan mengetahuinya.

Akhir zaman teguran para agamawan tak diendahkan dan dipertikaikan. Teguran seolah menyusahkan dia tapi teguran Allah lebih menakutkan. Moga dia diberi hidayah dan petunjuk” komen mereka

Foto – Instagram @pusyed_official

“Dia tak sedar dia tengah bawa perut… Masa bersalin tu nyawa 50-50 antara hidup dan mati. Sepatutnya buat persediaan seolah nak menghadap kematian. Lagi nak dekat bersalin lagi banyak doa yang baik-baik kita perlukan. Ini sampai berani mencabar Tuhan. Betullah istidraj tu wujud.”

“Dia orang lupa ustaz. SYURGA ITU MAHAL HARGANYA. Allah sedang menguji mereka ustaz, bukan ustaz.. Sabar”

“Akhir zaman” komen mereka lagi

Semoga dengan teguran yang diberikan PU Syed ini, membuatkan media tempatan dan para Youtuber berhati-hati dalam memilih foto untuk dimasukkan dalam berita yang dilaporkan.

“Saya Bayar RM50,000, Jangan Siapa Berani Marah Anak Saya!” – Kak KM Backup Anak Kesayangan
kak kmPU Syed
https://lomp.at/d5v7v
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Lokal

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, – “Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula…”

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara