Sunday, August 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

‘Kaki Dia Dah Gatal Sebelum Itu Lagi’- Penerbit Mahu Saman Farid Kamil

by Khai Azfar
January 25, 2018
Share on Facebook

Jika anda masih ingat dengan insiden lepas dimana Datuk Farid Kamil telah menyatakan bahawa dia seperti dianaiya oleh sebuah syarikat produksi kerana menggunakan air kotor sehingga menyebabkan kakinya bernanah. Hari ini penerbit drama tersebut, Siti Rosmizah Semail tampil memberi kenyataan.

Punyai Segala Bukti

Siti Rosmizah berkata, pihaknya mempunyai segala bukti untuk melawan semula kes berkenaan yang ketika ini pelakon berkenaan sudah mengemukakan beberapa tuntutan. Tambahnya yang juga mempunyai latar belakang sebagai peguam sebelum ini, pihaknya juga bakal menuntut kerugian atas sikap tidak berdisiplinnya.

“Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.”

“Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi. Jika benar dia ingin saman saya, saya pun ingin menuntut kerugian kerana masalah yang ditimbulkan olehnya,”

Pasport Farid Diserahkan Pada Mahkamah

Dalam perkembangan lain, hari ini Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ataupun ganja ke dalam badannya dua minggu lalu.

Mahkamah telah memerintahkan pasport Farid diserahkan kepada mahkamah. Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pertama Kali Sambut Hari Bapa Sebagai Bapa Tunggal, Farid Kamil Luah Rasa Terharu

Sumber : BHOnline

farid kamil
https://lomp.at/sl2si
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem