Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kalau Betul Watie Tak Baik, Tak Mungkin Anak-Anak Shuib Semanja ini”- Peminat Doa Zuriat Siti Sarah Dapat Rasai Pelukan Dan Kucupan Seorang Ibu

by Puteri Alia
April 27, 2023
Share on Facebook

Dalam sebuah hadis disebutkan bagaimana hikmah, hukum, keutamaan mengusap kepala anak-anak yatim. Mengusap kepala anak yatim atau menyantuninya merupakan perbuatan yang memiliki hikmah luar biasa, anak yatim kehilangan seorang ibu sebagai sumber kasih sayang utama pastinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi anak-anak kecil ini.

Umum mengetahui bahawa situasi sepeti ini pastinya tidak mudah buat pelawak popular, Shuib Sepahtu melupakan insan yang menghadirkan banyak kenangan dan menjadi teman suka duka selama 10 tahun selepas pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

Bagaimanapun, baru-baru ini wajah pelawak terkenal ini mula mengukir senyuman kembali sempena meraikan kemeriahan Syawal pertama tahun ini dengan membawa bakal isterinya, Watie Hanifiah bertemu keluarga buat kali pertama.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad, 39, menerusi hantaran gambar di Instagram berkongsi gambar bersama Watie dan keluarga sedondon berbaju warna peach.

Dalam gambar itu, Watie juga dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2, serta mesra bersama tiga lagi cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni, 11; Dzahira Talita Zahra, 9; dan Ariq Matin, 7, tergambar kegembiraan di wajah mereka.

Bagaimanapun, menerusi laman media sosial, terdapat beberapa tohmahan dan kecaman yang dilemparkan kepada Watie kerana dianggap berpakaian ketat dan tidak sopan.

Malah, ada juga yang menganggap wanita ini tidak pantas untuk dijadikan isteri kepada pelawak terkenal itu.

Bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, Shuib beranggapan perkara tersebut tidak salah kerana dirinya lebih mengetahui baik buruk dalam setiap keputusan yang dilakukan. Tambah Shuib lagi, dia akan menjaga kehidupannya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dahulu.

Menjengah ke laman TikTok, Murai MY mendapat terdapat sebuah gambar yang akhirnya membuka ramai warganet apabila memperlihatkan anak perempuan Shuib yang sedang tidur di lengan Watie seolah-olah bahagia dapat menumpang kasih seorang ibu.

Shuib Sepahtu Nekad Tidak Sambut Hari Lahir Sejak Pemergian Siti Sarah

Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Shuib dan Watie serta mendoakan kebahagiaan mereka.

Terdahulu, Shuib berharap agar orang ramai tidak berlebihan kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak. Malah Shuib mendakwa keputusan mengenali Watie bukanlah keinginannya semata-mata sebaliknya mendahulukan ibu dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Shuib mengumumkan dia bercadang bernikah dengan wanita pilihannya, Watie juga seorang usahawan berjaya pada Jun depan.
Istero Shuib, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 lalu.

shuibsiti sarahWatie
https://lomp.at/sxxku
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore