Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Kalau Dah Terlepas, Batalkan Jelah Ke MyTown”- Netizen Kongsi Pengalaman Dasyat Di Lebuhraya Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
April 8, 2026
Share on Facebook

Kalau sebut pasal jalan raya di Kuala Lumpur, memang tak sah kalau tak ada cerita “tersalah masuk lorong” yang boleh spoil terus mood perjalanan. Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads jadi bualan ramai apabila seorang pengguna mengeluh tentang pengalaman tersalah masuk laluan di lebuh raya yang memisahkan arah ke Mytown Shopping Centre dan ke lebuhraya menuju ke KLIA.

MURAI tengok sendiri, perkongsian tu memang relatable tahap maksimum.

“Dua kali dah kena jalan ni, niat nak pergi Mytown lepastu silap masuk 35 minit nak patah balik siottt,” tulisnya berseloroh geram. Perkongsian itu terus meletup dan berjaya meraih lebih 4,600 tanda suka, bukti ramai sebenarnya senasib.

Menariknya, ruangan komen pula jadi tempat rakyat Malaysia ‘meluah rasa’ dengan gaya santai tapi pedih. Ada yang berseloroh,

“Kalau dah terlepas jalan ni sila batalkan plan ke Mytown, teruskan ke IOI sahaja hahaha,” seolah-olah sudah reda dengan takdir tersalah lorong.

Mytown Shopping Centre

Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman lebih ‘tragis’.

“Ni belum masuk bulatan Kampung Pandan lagi. Either salah masuk hadap jem atau salah masuk Maju Expressway, nak patah balik kena hadap empat tol hahahaha,” tulis seorang lagi pengguna, menggambarkan betapa satu kesilapan kecil boleh bertukar jadi perjalanan panjang penuh dugaan.

Lebih mencuit hati, ada juga yang terus ‘give up’.

“Pernah jadi HAHAHAHAHA. Rumah dekat area KLIA. Niat nak pergi Mytown, bila salah jalan terus kami balik rumah sebab takde mood,” kongsi seorang pengguna, yang jelas memilih untuk mengalah daripada berdepan trafik.

Dalam pada itu, ada juga yang cuba beri ‘diagnosis’ kenapa perkara ini sering berlaku.

“Sebab signboard kat Malaysia ni dorang suka letak lepas simpang. Dah dekat baru nampak, mana sempat nak tukar lorong,” tulis seorang pengguna, menyentuh isu papan tanda yang didakwa kurang mesra pemandu.

Hakikatnya, laluan bercabang seperti ini memang jadi ‘perangkap’ kepada ramai, lebih-lebih lagi di kawasan sibuk sekitar ibu kota. Silap beberapa saat, boleh bertukar jadi 30 minit tambahan atas jalan.

KLIA Berwajah Baharu 'Rimba', Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

Apa pun, kisah ini sekali lagi membuktikan satu perkara  di Malaysia, salah masuk jalan bukan sekadar kesilapan, tapi satu pengalaman yang hampir semua orang pernah lalui… dan pasti ada versi cerita masing-masing

KLIAMytown Shopping Centre
https://lomp.at/43y0r
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Grok
Sosial Buzz

Nak Renew Rumah Kena Sewa Kereta Sekali? Penyewa Terkejut Dengan Syarat ‘Combo’ Tuan Rumah

by Noe
March 4, 2026

Kontrak Hampir Tamat, Tapi Datang Syarat Luar Jangka Seorang penyewa meluahkan rasa tidak puas hati selepas dimaklumkan bahawa kontrak rumah...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Berita baik buat penerima bantuan kerajaan, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat...

Read moreDetails
Insentif

Harga Minyak Naik? Ini 10 Industri Paling ‘Terpukul’ & Pekerjaan Yang Bakal Terjejas

by Ayu Kamaruddin
March 31, 2026

Kenaikan harga minyak global sekali lagi menjadi topik hangat yang mencuri perhatian ramai, terutama selepas konflik geopolitik di Timur Tengah...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Noe
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
Insentif

99 Speed Mart Kongsi Rezeki, Agih 15,000 Bakul Perayaan Lebih RM700,000 Sempena Raya & CNY

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Rangkaian pasar raya mini terkenal, 99 Speed Mart sekali lagi tampil dengan inisiatif prihatin apabila menyalurkan sumbangan melebihi RM700,000 menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara