Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

KLIA Berwajah Baharu ‘Rimba’, Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tampil dengan wajah pengalaman baharu apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperkenalkan Rimba, sebuah ruang transit berkonsepkan alam semula jadi yang direka khusus untuk memberi keselesaan maksimum kepada penumpang.

Diperkenalkan di Bangunan Satelit Terminal 1, Rimba bukan sekadar ruang menunggu biasa, sebaliknya menawarkan suasana tenang dan ‘healing’ yang mencerminkan kekayaan alam semula jadi Malaysia, sekali gus meningkatkan pengalaman perjalanan, khususnya bagi penumpang transit jarak jauh.

Transit Bukan Lagi Sekadar Menunggu

Dengan purata 50 hingga 60 juta penumpang melalui KLIA setiap tahun, MAHB melihat keperluan untuk menjadikan tempoh transit lebih bermakna dan selesa.

Menurut BERNAMA, Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani, Rimba dibangunkan bagi melengkapkan Jungle Boardwalk sedia ada dengan penekanan kepada keselesaan dan pengalaman penumpang.

“Banyak daripada penambahbaikan ini berlaku di sebalik tabir, namun apabila aliran penumpang lebih teratur, pengembara dapat merasai perbezaannya,” katanya.

Aerotrain KLIA: MAHB sedia kerjasama dengan SPRM - Sinar Harian
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Mohd Izani Ghani

Rimba menawarkan ruang rehat yang lebih kondusif, menjadikan transit bukan lagi satu fasa yang meletihkan, sebaliknya pengalaman yang menyenangkan.

Sentuhan Alam & Identiti Malaysia

Meliputi keluasan kira-kira 970 meter persegi, Rimba tampil dengan:

  • Suasana kehijauan yang lebih menyeluruh
  • Hiasan lampu berkonsepkan kraf tangan tempatan
  • Tempat duduk berinspirasikan taman

Gabungan elemen ini bukan sahaja memberi ketenangan kepada penumpang, malah menonjolkan identiti Malaysia secara halus tetapi bermakna.

@icandotoo

‘Rimba’ KLIA Terminal 1. New face for Visit Malaysia 2026 🇲🇾 #visitmalaysia2026 #malaysia #airport

♬ original sound – Fawwaz 🕊️ – Fawwaz 🕊️

Sekadar info tambahan, Rimba sebelum ini dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail dan dibuka kepada orang ramai sejak 1 Januari lalu.

Pengalaman Penumpang Jadi Keutamaan

Selain memperkenalkan Rimba, MAHB turut melaksanakan penambahbaikan operasi di KLIA termasuk pengurusan barisan dan proses pemeriksaan bagi mengurangkan kesesakan di terminal.

Mohd Izani menjelaskan, pengalaman penumpang yang lebih lancar dan selesa ini turut memberi kesan positif kepada kedudukan KLIA dalam penanda aras lapangan terbang antarabangsa seperti Skytrax dan anugerah Airports Council International Airport Service Quality.

Transit Sebagai ‘First Impression’ Malaysia

Pengenalan Rimba dilihat selari dengan usaha menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), di mana lapangan terbang menjadi antara pintu masuk utama pelancong ke negara ini.

Lebih daripada sekadar infrastruktur, Rimba mencerminkan pendekatan baharu KLIA dalam memberi first impression yang lebih mesra, moden dan berjiwa Malaysia kepada pengunjung antarabangsa.

KLIA kini bukan hanya tempat singgah, transit pun sudah rasa macam bercuti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
KLIAMAHBRIMBA
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara