Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Kali Pertama Buka Kotak SAMSUNG Galaxy S25+: Adakah Betul-betul Capai ‘Expectation’?

Kami sempat try model Galaxy S25+ yang datang dengan 12GB RAM dan 256GB storan, dalam warna Icy Blue yang memang nampak mewah.

by Phic ARMAN
January 31, 2025
Share on Facebook

Satu lagi telefon flagship dari Samsung yang baru je masuk pasaran – Galaxy S25+. Dengan spesifikasi tinggi, warna menarik, dan pelbagai ciri baharu, adakah Galaxy S25+ benar-benar memenuhi ekspektasi kita?

Kami sempat try model Galaxy S25+ yang datang dengan 12GB RAM dan 256GB storan, dalam warna Icy Blue yang memang nampak mewah. Mari kita kongsi apa yang kami rasa.

Kotak Jualan – Lebih Elegan dan Artistik

Dah lama rasanya tak tengok kotak telefon yang nampak lebih “premium” daripada biasa. Kotak Galaxy S25+ kali ni tak lagi hitam gelap macam sebelum-sebelum ni, tapi datang dalam warna kelabu gelap yang elegan.

Lebih menarik, ada sentuhan tekstur kertas pada kotak tu yang buatkan rasa unboxing tu jadi lebih “wow”. Imej siluet Galaxy S25+ pada kotak juga memang cantik, nampak lebih artistik dan moden – sesuai dengan telefon premium macam ni.

Kamera – Tiga Lensa, Banyak Pilihan

Bila buka kotak dan tengok belakang telefon, mata terus tertumpu pada tiga lensa kamera yang tersusun rapi. Untuk lensa utama, ada 50MP, ultra lebar 12MP, dan telefoto 10MP. Semua lensa ni nampak lebih besar dan bergaya dengan gelung logam berwarna hitam yang mengelilinginya.

Kamera ni memang bukan main hebat – gambar terang, tajam, dan jelas. Nanti kai kongsikan kualitinya pada artikel review penuh.

Ringan & Selesa Digenggam

Apa yang kami rasa agak mengejutkan adalah betapa ringan Galaxy S25+ ni. Kalau dibandingkan dengan model-model sebelumnya, perbezaannya sangat ketara. Memang terasa ada pengurangan berat yang banyak, tapi dalam masa yang sama, ia masih solid dan premium. Bila pegang, rasa nyaman je, tak rasa “berat” atau susah nak genggam lama-lama.

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

Skrin – Dynamic AMOLED 2X yang Menarik

Skrinnya besar – 6.2 inci Dynamic AMOLED 2X. Ini memang satu peningkatan yang ketara dari segi kualiti paparan. Warna terang, perincian jelas, dan pengalaman tengok video atau main game jadi lebih seronok. Ciri baharu Now Bar di bawah skrin juga sangat berguna.

Now Bar ni akan bagi kita rumusan harian – berita terkini, cuaca, atau apa-apa info penting, semua ada dalam satu tempat. Macam ada personal assistant je di hujung jari!

Ciri Baharu – Call Assist dan Note Assist

Galaxy S25+ ni memang penuh dengan ciri-ciri baru yang boleh memudahkan hidup kita. Pertama, ada Call Assist yang boleh alih bahasa masa bercakap dalam telefon. Jadi kalau nak berbual dengan orang yang berbeza bahasa, tak perlu risau lagi, semuanya boleh diterjemahkan secara langsung.

Lepas tu, ada Note Assist yang boleh ringkaskan artikel atau laman sesawang yang kita cari. Kalau malas nak baca panjang-panjang, just pakai Note Assist je. Mudah kan?

Apa Ada Dalam Kotak?

Nak tahu apa yang dapat sekali dengan Galaxy S25+? Dalam kotak ni ada:

  • 1x Samsung Galaxy S25+
  • 1x Kabel pengecas USB-C ke USB-C
  • 1x Manual
  • 1x Pin SIM

Yang tak ada, seperti biasa, ialah pengecas. Tapi tu dah jadi trend sekarang kan? Kena beli pengecas secara berasingan kalau nak.

Adakah Betul-betul Capai ‘Expectation’?

Secara keseluruhannya, Galaxy S25+ memang telefon yang sangat mengagumkan. Dari segi reka bentuk, prestasi, dan ciri-ciri baharu, semuanya ada untuk menjadikannya pilihan yang sangat baik jika anda cari telefon premium.

Jadi, adakah Galaxy S25+ betul-betul mencapai ekspektasi yang ditetapkan? Secara keseluruhannya, ia sememangnya telefon yang sangat bagus dengan reka bentuk premium, prestasi yang stabil, dan kamera yang sangat memuaskan. Skrinnya cantik, ciri-ciri baru berguna, dan pengalaman keseluruhan cukup memuaskan.

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

Namun, jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya di pasaran, Galaxy S25+ masih terasa sedikit biasa di beberapa aspek. Kamera, walaupun hebat, masih memerlukan lebih banyak inovasi untuk benar-benar mengesankan. Begitu juga dengan ciri-ciri baru yang walaupun berguna, tidak sampai mengubah permainan.

Jika anda mencari telefon yang serba lengkap dan stabil, Galaxy S25+ adalah pilihan yang sangat bagus. Namun, jika anda sudah menggunakan Galaxy S siri dan mencari kemas kini yang lebih lancar dan lebih ringan, Galaxy S25+ ini pasti berbaloi.

galaxyS25samsungSamsung s25+
https://lomp.at/7q903
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Rasmi Di Malaysia, Ini ‘First Impression’ Honor 600 Pro, Harga Masih Berbaloi?

by Phic ARMAN
April 22, 2026

MURAI sempat tengok sendiri pelancaran terbaru daripada Honor di Malaysia, dan terus terang cakap, memang nampak lain kali ini. Kalau...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
LifeXplore

Low Light Tak Lagi Musuh: Galaxy A57 5G Tampil Dengan Kamera Lebih Sharp

by Phic ARMAN
April 17, 2026

Kalau dulu siri Galaxy A dah dikenali sebagai “kamera bajet rasa flagship”, kali ini Samsung Galaxy A57 5G nampaknya naik...

Read moreDetails
LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara