Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ustazah Norhafizah Kongsi Sebab Ramai Muslimah Solat Di Tepi Binaan Hijau Dalam Masjid Nabawi

Disitu terletaknya kamar Saidatina Aisyah R.A dan di dalamnya terdapat makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar

by Puteri Alia
October 20, 2021
Foto - Instagram @ustazahnorhafizahmusa

Foto - Instagram @ustazahnorhafizahmusa

Share on Facebook

Pendakwah dan pensyarah terkenal Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa baru-baru ini telah memuatnaik beberapa foto Masjid an-Nabawi di Instagramnya. Hantaran tersebut telah menarik perhatian orang ramai setelah membaca kaspyen yang dikongsi ikon dakwah ini.

Binaan Hijau Dalam Masjid Nabawi Terletaknya Kamar Saidatina Aisyah R.A

Ustazah Norhafizah Musa berkongsi ceritanya sewaktu berada di Masjid an-Nabawi, beliau tertanya-tanya mengapa ramai muslimah menunaikan solat bersebelahan binaan hijau di dalam masjid tersebut.

Menurut Ustazah Norhafizah, binaan hijau tersebut merupakan kamar isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW,Saidatina Aisyah r.a dan di dalamnya juga terdapat makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan Saidina Umar al-Khattab.

Foto – Instagram @ustazahnorhafizahmusa

“Malam yang direzekikan Allah untuk solat di Raudhoh.

Ustazah bertanya dengan staf muslimah Masjid an-Nabawi, apa di tepi ku ini? (solat di tepi binaan hijau).

Jawab beliau, ini kamar Sayyidah Aisyah r.a dan di dalamnya maqam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.” Tulisnya

Saidatina Aisyah Sanggup Tidak Dimakamkan Berdekatan Rasulullah SAW

Ikon dakwah ini juga meluahkan rasa kagumnya terhadap Saidatina Aisyah r.a yang cekal hati meneruskan kehidupan selepas kewafatan Rasulullah SAW dan sewaktu hidupnya srikandi hebat ini, beliau tidak pernah berhenti menyebarkan ilmu kepada ummah.

Dikatakan, apabila tiba masanya untuk meninggalkan dunia fana ini Saidatina Aisyah memohon agar tidak disemadikan berdekatan dengan ketiga-tiga makan tersebut kerana merasa malu.

Foto – Instagram @ustazahnorhafizahmusa

“Allahu Akbar… Terus terkenangkan Saidatuna Aisyah r.a. Betapa hebatnya kemuliaan yang Allah berikan kepada isteri kesayangan Rasulullah SAW. Lama sangat Saidatuna Aisyah meneruskan kehidupan selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Cekal hati beliau, terus menyebarkan ilmu kepada ummah. Bagaimana agaknya beliau menanggung rindu yang hebat kepada Allah dan Rasul. Betapa tawadhu’ nya beliau, di akhir hayat memohon agar dikebumikan tidak berdekatan ketiga-tiga maqam itu kerana merasa malu.

Saidatuna Aisyah r.a.. Contohi dan hayati betapa tinggi keimanan dan ketaqwaan yang beliau miliki. Ustazah doakan sahabat-sahabat sampai ke sini InsyaAllah, menunaikan ibadah umrah dan ziarah Rasulullah SAW. Aamiin.” Kongsinya lagi

Semoga kita semua dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci dan menziarah makam insan terpuji ini suatu hari nanti, InsyaAllah amin.

"Kayuh Basikal ke Madinah Itu Kerja Bodoh?"-Amar Baharin Dikecam, Jawab Balas Guna Hadis Nabi
Masjid NabawiRasulullah SAWsaidatina aisyah r.austazah datuk dr norhafizah musa
https://lomp.at/9627a
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
Lake Çıldır, Kars
Jalan-Jalan

Kars, Ağrı & Van: Lokasi Türkiye Yang Tak Ramai Singgah Padahal Cantik Gila!

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Percutian musim sejuk kini makin jadi pilihan ramai. Menurut Indeks Perjalanan Musim Sejuk Tripadvisor, 60% pelancong memang dah siap merancang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore