Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kami Simpan Rahsia Lama” – Siti Saleha Akhirnya Dedah Hamil Anak Sulung, Suami ‘Kembung’ Sama

by Puteri Alia
July 30, 2025
Share on Facebook

Tiada lagi teka-teki mahupun spekulasi, pelakon jelita Siti Saleha akhirnya berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Joshua Fitton. Pengumuman tersebut dilakukan secara manis menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di laman sosial, memaparkan pasangan itu berada dalam suasana romantis di sebuah pusat peranginan, lengkap dengan pelukan mesra dan senyuman bahagia.

Paling mencuri perhatian, Siti Saleha turut memegang beberapa keping foto dipercayai imbasan ultrasound bayi mereka, seolah-olah menjawab semua persoalan peminat yang mula berspekulasi sejak beberapa minggu lalu.

Dalam kapsyen bersahaja yang diselitkan dengan unsur jenaka, pelakon berusia 35 tahun itu menulis bahawa mereka telah lama menyimpan satu rahsia, sambil berseloroh mengenai perut suaminya yang semakin “kembung” kerana terlalu banyak makan, dan dia mahu menyamakan saiz ‘bump’ mereka berdua. Kenyataan itu bukan sahaja mencuit hati tetapi juga memperlihatkan sisi comel pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Walaupun tidak memperincikan usia kandungannya, perkongsian tersebut sudah cukup untuk mengesahkan bahawa Siti Saleha kini sedang menghitung hari untuk bergelar ibu. Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan selebriti, termasuk Hanna Delisha yang menulis, “Alhamdulillah, tahniah buat anda berdua.” Malah ada yang menyifatkan berita ini sebagai ‘timing’ yang sangat tepat untuk pasangan itu memulakan fasa baharu dalam kehidupan mereka.

Sebelum ini, video tular yang menunjukkan Siti Saleha mengenakan busana hitam di sebuah acara filem telah mencetuskan spekulasi bahawa dia berbadan dua, namun aktres itu memilih untuk tidak mengulas lanjut ketika ditemui media. Sebaliknya, beliau hanya memberi bayangan bakal bercuti panjang selepas selesai menjalani penggambaran drama terbaharunya berjudul Bad Cop, sekali gus memperkuatkan lagi andaian netizen pada waktu itu.

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-"Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa.."

Sebagai pemenang kategori Bintang Asia Terbaik, Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul tahun lalu, Saleha sememangnya berada pada kemuncak karier seni. Namun kini, kehadiran zuriat pertama menjadi pencapaian paling istimewa dalam hidupnya.

Setelah melalui kisah cinta yang sederhana dan jauh dari sensasi, kehamilan ini seolah-olah menjadi pelengkap sempurna kepada bahagia yang mereka bina. Peminat tentunya tidak sabar menantikan detik-detik indah yang bakal dikongsikan pasangan ini apabila bayi sulung mereka melihat dunia nanti.

Siti saleha
https://lomp.at/caq0t
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara