Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Kamu Yang Suka Bau Sensual Lelaki, Kena Dapatkan Wangian Baru Hermès H24 EDP

by Lisa Ghani
December 29, 2022
Foto - Hermès

Foto - Hermès

Share on Facebook

Kamu sedang mencari wangian peribadi yang mnyerlahkan lagi personaliti? Atau mahu menjadikannya sebagai bau signature kamu? Mungkin kamu boleh pertimbangkan jenama berprestij Hermès.

Hermès baru sahaja memperkenalkan wangian baru yang diberi nama H24 EDP. Wangian yang sangat kuat dan berani personalitinya mengetengahkan bau yang sensual kontemporari moden. Sesuai sangat dijadikan bau signature untuk tahun baru 2023 nanti. Tahun baru imej baru!

Apa kelainan pada Hermès H24 EDP ini? Christine Nagel mencipta gabungan antara alam semula jadi dan teknologi untuk menyemai eau de parfum baru, H24.

Foto – Hermès

H24 menyerlah dengan bau sensual dan keghairahan yang terhasil daripada nota sage, rosewood, narcissus dan sclarene. Memancarkan personaliti yang tegas dan berani, serta keselesaan kepada si pemakai.

Bila membeli minyak wangi, kita tak dapat lari daripada melihat struktur pembungkusan. Biar sesuai dengan harganya yang malah dan eksklusif itu. H24 direka oleh Philippe Mouquet. Botol kaca menegaskan kelas yang jelas tanpa perlu menonjolkan diri, simbol sensitif yang memberikan perspektif berbeza.

Garisan aerodinamiknya mengekspresikan momentum lelaki mengikut Hermès, satu bentuk pernafasan yang harmoni, pergerakan yang selaras dengan dunia. Objek yang boleh diisi semula dihiasi dengan lakuer hijau lumut, bergema dengan nota baru Christine Nagel.

Foto – Hermès

Walaupun direka untuk lelaki, tetapi wanita yang menyukai bau lelaki yang kuat turut boleh milikinya.

  • H24 Eau de Parfum (50ml), RM510
  • H24 Eau de Parfum (100ml), RM695

Hermès H24 EDP boleh didapati di semua butik Hermès dan stor kecantikan terpilih.

Hermeshermes H24 EDP
https://lomp.at/ua53b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore