Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Kantoi! 5 Kejadian Aneh Yang Berjaya Dirakam Oleh Google Maps

by Aphit J.
April 26, 2020
via Business Insider

via Business Insider

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Google Maps merupakan produk yang paling banyak memberi manfaat kepada pengguna. Daripada memudahkan membuat navigasi, sehinggalah melihat landskap sebenar sesuatu tempat. Semuanya boleh diperolehi secara percuma.

Selain daripada itu, melalui Google Maps, anda boleh melihat dengan lebih dekat kawasan sekitar menggunakan Google Street View. Berikut adalah beberapa penemuan pelik yang ditemui melalui Google Maps.

Mengesan Pencuri Basikal

via The Register

Pada tahun 2008, seorang lelaki berumur 14 tahun telah dipukul dan telefon bimbit, wang dan basikal telah dirompak  oleh 2 orang penjenayah.

Menurut CNet.com, selepas 6 bulan, semasa menggunakan Google Maps, pemuda tersebut secara tidak sengaja ternampak gambarnya bersama 2 pemuda yang merompaknya sebelum ini dan seterusnya menyerahkan gambar tersebut kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah tersebut.

Penangkapan Penagih Dadah

via Gothamist

Pihak polis di New york telah menggunakan Google Street View untuk mengesan beberapa penjual dadah yang terdapat di kali lima dengan menyamar dan berpura berminat membeli dadah.

Apa yang diongsikan oleh New York Post, daripada gambar di Google Street View, pihak polis dapat mengesan beberapa lagi penjual dadah yang lain yang terdiri daripada rakan penjual itu sendiri.

Ditangkap Isteri Kerana Merokok

via Business Insider

Donald Ryding seorang pemandu teksi telah berjanji kepada isterinya untuk berhenti merokok disebabkan masalah kesihatan jantung.

Apabila mengetahui fungsi Google Street View, The Telegraph menyatakan isterinya sengaja menggunakan aplikasi tersebut dan dapat melihat suaminya sedang menghisap rokok di hadapan rumah mereka.

Kereta Google Street View Melanggar Mati Seekor Anjing

via Business Insider

Pada tahun 2013, Google Map Car yang digunakan untuk melakukan pemetaan di seluruh jalan telah merakam gambar seekor anjing yang mati di jalan raya ketika sedang melintas jalan menurut Business Insider.

Gambar tersebut telah menunujukkan seekor anjing yang mati apabila dilanggar lari oleh Google Map Car. Sehingga hari ini, Google enggan memberikan komen mengenai kejadian tersebut.

Penemuan Bentuk Pentagram Di Kazakhstan

via Live Science

Sebuah bulatan dan bintang berbucu lima di sebuah tanah lapang di Kazakhstan telah ditemui dan ramai yang mengaitkan penemuan ini dengan iluminati dan pelbagai ritual pelik.

Setelah dikaji, Live Science menyatakan kajian sejarah mendapati ini merupakan simbol biasa yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu dari pelbagai latar belakang budaya dan agama.

Dapat dilihat di  sini, bukan sahaja untuk melihat kawasan sekeliling, kehebatan teknologi dari Google Maps ini juga sekaligus dapat mengesan penjenayah dan perkara pelik yang terjadi dibumi ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lokasi peliklokasi pelik di google mapstempat peliktempat pelik di google maps
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara