Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kasihan! Ini Pengakuan Terakhir Puteri Diana Kepada Putera Charles Sebelum Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
November 16, 2020
Share on Facebook

Puteri Diana diketahui telah meninggal 23 tahun yang lalu dalam kemalangan pada tahun 1997. Namun, sehingga kini cerita mengenai Puteri Diana masih sangat menarik untuk diikuti. Antaranya tentang hubungan dengan bekas suaminya, Putera Charles.

Sejak pasangan ini berkahwin pada tahun 1981 hingga bercerai secara rasmi pada tahun 1996, nampaknya hampir setiap hari mereka berdua tidak dapat melepaskan diri dari perhatian media.

Namun, tidak semua perincian kehidupan mereka didedahkan kepada media secara keseluruhan. Namin baru-baru ini seorang penulis biografi mendedahkan fakta lain mengenai hubungan mereka sebelum Diana meninggal dunia.

Tina Brown, penulis biografi keluarga Diraja Britain

Dilaporkan dari Mirror pada hari Isnin (16/11), hal ini didedahkan oleh Tina Brown, seorang penulis biografi keluarga Diraja Britain dan pengarang buku “The Diana Chronicles”. Brown mengatakan bahawa sebelum Diana meninggal, dia telah bertemu dengan Puteri Diana.

Menerima Kehadiran Camilla

Foto: Town & Country Magazine

Dalam pertemuan itu, Diana memberitahu mengenai hubungannya dengan Putera Charles. Diana juga mengakui bahawa dia telah menerima kehadiran Camilla, yang dianggap orang ketiga dalam rumahtangganya bersama Charles. Namun, Puteri Diana mengakui bahawa dia masih akan kembali kepada Putera Charles sekiranya bekas suaminya masih mahu menerimanya semula.

“Pada akhir hidup Diana, dia dan Charles bersahabat untuk waktu yang sangat lama. Charles mempunyai kebiasaan menghantarnya ke Istana Kensington dan mereka akan minum teh. Malah mereka ketawa bersama,” kata Tina Brown.

Bersedia Untuk Kembali Ke Pangkuan Charles

“Satu perkara yang akhirnya dia lakukan adalah benar-benar memahami bahawa Camilla adalah cinta hidup Charles, dan tidak ada yang dapat dia lakukan mengenainya. Tetapi dia memberitahu saya ketika makan tengahari bahawa dia akan kembali kepada Charles jika Charles menginginkannya,” sambung penulis biografi itu.

Malang tak berbau,  Puteri Diana meninggal dalam kemalangan maut yang meragut nyawanya pada tahun 1997. Diketahui bahawa kemalangan itu berlaku setelah kereta yang membawa Diana dan Dodi Al Fayed merempuh terowong Pont de l’Alma di Paris, Perancis. Kemalangan ini didakwa disebabkan oleh paparazzi yang mengejar Puteri Diana.

[FOTO] Gayakan Gaun Ala "Revenge Dress", Ini Penampilan Pertama Dakota Johnson Selepas Berpisah

Setelah 8 tahun kematian Puteri Diana, akhirnya Putera Charles mengahwini Camilla pada 9 April 2005. Keduanya bertemu untuk pertama kalinya pada tahun 1971, tetapi hubungan mereka tidak berpanjangan. Pasangan itu menghidupkan kembali percintaan mereka, yang kemudiannya disyaki menjadi punca kemelut rumahtangga Putera Charles dan Puteri Diana.

putera charlesputeri diana
https://lomp.at/fxese
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara