Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kate Middleton & Putera William Bakal Hadir Ke Majlis Perkahwinan Putera Mateen & Dayang Anisha?

by Phic ARMAN
October 10, 2023
Share on Facebook

Putera dan Puteri Wales mungkin antara yang hadir di majlis perkahwinan diraja pada Tahun Baru. Pada hari Ahad, Sultan Brunei mengumumkan bahawa anaknya, Putera Abdul Mateen, akan berkahwin dengan Anisha Isa Kalebic pada Januari 2024 akan datang.

Putera Abdul Mateen, 32, adalah anak kepada Sultan dan bekas isteri keduanya Hajah Miriam Abdul Aziz.

Beliau akan menamatkan zaman bujangnya mengikut jejak dua kakaknya Puteri Fadzilah dan Puteri Azemah, masing-masing telah berkahwin pada Januari 2022 dan Januari 2023.

‘Atas titah diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Negara Brunei Darussalam, pihak istana telah mengumumkan majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Anisha Isa Kalebic akan diadakan dari 7 hingga 16 Januari 2024,’ dibacakan satu pengumuman rasmi.

Sambutan yang akan berlangsung selama sembilan hari itu akan dimulakan dengan upacara akad nikah, diikuti dengan persembahan pemuzik istana diraja untuk menandakan permulaan perkahwinan secara rasmi.

Akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien pada 11 Januari ini.

Selepas itu, majlis resepsi perkahwinan diraja akan diadakan, menampilkan jamuan mewah yang dihadiri tetamu dari seluruh dunia.

Kate Middleton & Putera William Bakal Hadir Ke Majlis Perkahwinan Putera Mateen & Dayang Anisha?

Berkemungkinan besar Putera William dan Kate Middleton akan menghadiri majlis perkahwinan Putera Abdul Mateen dan Anisha Isa Kalebic.

Untuk info, Sultan dan Raja Isteri Brunei adalah tetamu terkenal pada majlis perkahwinan William dan Kate pada tahun 2011. Berdasarkan sejarah ini, kemungkinan besar mereka akan mengundang kerabat diraja British untuk hari istimewa anak mereka.

Ramai Terkejut, Wajah Princess Anisha Sarat Mengandung Mirip Julia Rais

Tambahan pula, Putera William dan Kate pernah menghadiri majlis perkahwinan Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan Rajwa Alseif pada bulan Jun.

Kate, 41, kelihatan bergaya dalam gaun ciptaan Elie Saab yang menakjubkan.

Majlis perkahwinan Putera Mahkota Al Hussein bin Abdullah II dan Rajwa Alseif

Belum dapat dipastikan sama ada Putera William dan Kate Middleton akan menghadiri pernikahan  Mateen dan Anisha. Namun, sekurang-kurangnya satu anggota keluarga Kerajaan Inggeris akan hadir di salah satu momen perayaan pernikahan diraja Brunei itu berlangsung.

Anisha Isa Kalebicmateen
https://lomp.at/vyhrt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara