Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli

by Naja Nix
December 8, 2025
Kredit Gambar: Wikimedia Commons

Kredit Gambar: Wikimedia Commons

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon, tampil menjernihkan salah faham yang tercetus selepas sebuah video pendek dari sesi hi-touch dan autograf mereka tular di TikTok.

Video tersebut dirakam ketika jelajah Beautiful Chaos Tour, mencetuskan spekulasi kononnya berlaku ketegangan antara Manon dah ahli lain, khususnya Megan.

Namun, dakwaan itu ternyata jauh tersasar. Manon sendiri tampil memberikan penjelasan, sekali gus mematikan segala teori ‘fan war’ yang mula bertebaran sejak video berkenaan tular.

Salah Faham Tercetus Dari Reaksi Marah, Bukan Konflik Kumpulan

Menerusi video berkenaan, Manon kelihatan berwajah tegang sambil bercakap dengan Megan. Potongan video ini kemudian dimanipulasi sesetengah pengguna laman sosial sebagai petunjuk bahawa wujud ‘drama dalaman’ dalam KATSEYE.

@miimingle

manon don’t play (video from @lightscamerenaction) #foryou#katseye#katseyeconcert#fyp#manon

♬ original sound – ɱιɱι ❦

Namun, penjelasan sebenar langsung tidak menyentuh soal pergaduhan sesama ahli.

Melalui mesej Weverse, Manon menjelaskan bahawa emosinya ketika itu tercetus akibat tindakan seorang lelaki dewasa di bahagian penonton. Individu tersebut dikatakan menolak peminat lain, termasuk kanak-kanak demi mendapatkan autograf supaya dapat dijual semula.

Manon menyampaikan mesejnya dengan nada tenang tetapi tegas, memaklumkan bahawa keselamatan peminat sentiasa menjadi keutamaan kumpulan.

Reaksinya ketika itu hanyalah tindak balas spontan terhadap situasi yang dianggap membahayakan.

Peminat Sedar Perkara Sebenar Dalam Video Asal

Selepas penjelasan diberikan, ramai peminat mula meneliti semula rakaman tular berkenaan. Mereka menyedari bahawa Manon sebenarnya menyebut frasa seperti “someone shoved them” dan “that’s not safe.”

Ini sekaligus menyokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh Manon bahawa fokusnya bukan pada ahli kumpulan, tetapi terhadap insiden kurang sopan yang berlaku di kalangan peminat.

Perkara ini juga menjadi bukti bahawa konteks sering kali hilang apabila video dipotong pendek dan dikongsi tanpa penjelasan, menyebabkan berlakunya salah tafsir terhadap sesuatu situasi.

KATSEYE Terus Fokus Jelajah Beautiful Chaos Tour

Insiden kecil ini berlaku ketika KATSEYE sedang rancak menggerakkan Beautiful Chaos Tour yang bermula pada 15 November di Minneapolis.

Jelajah ini dibuat bersempena pelancaran EP kedua mereka, Beautiful Chaos, dan menjadi antara pencapaian terbesar KATSEYE sepanjang tahun ini.

Dengan dua pencalonan Grammy serta meningkatnya jumlah peminat antarabangsa, KATSEYE kini berada dalam fasa kemuncak karier. Jelajah mereka dijadualkan berakhir pada 16 Disember di Mexico City.

Walaupun dihimpit spekulasi, KATSEYE kekal profesional dan Manon sendiri memastikan peminat memahami bahawa hubungan antara ahli tetap kukuh seperti biasa.

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya
Beautiful Chaos Tourjelajahkatseyekatseye manonvideo tularViral
https://lomp.at/7kzi6
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @anzalnanasir88 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”

by Nurul A.
January 13, 2026

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bercuti bersama keluarga di Jepun baru-baru ini. Walaupun ramai...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara