Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Ke Sana Sini Beraya Dengan Beg Tangan Mini, Senang Nak Bawa & Nampak Paling Bergaya!

by Soph Azz
May 10, 2023
Foto - Bottega Veneta / YSL

Foto - Bottega Veneta / YSL

Share on Facebook

Semua orang  nak all out semasa beraya. Mana taknya, hari raya hanya jatuh setahun sekali sahaja dan tak salah kalau kamu nak bergaya sakan. Selain daripada memilih baju raya yang paling vogue; ramai wanita tak lepaskan peluang untuk mendapatkan aksesori tambahan seperti beg tangan untuk lengkapkan penampilan raya  mereka.

Bagi Miss Murai, pemilihan jenis beg tangan adalah penting kerana jika kamu tersalah pakai ia boleh ‘mencacatkan’ penampilan kamu. Jadi untuk raya kali ini, Miss Murai cadangkan kamu pilih beg tangan mini sebagai beg raya.

Psst… Walaupun saiznya sedikit kecil ia tak menjadi penghalang untuk kamu bawa item keperluan kamu seperti telefon, gincu, tisu dan bedak tau!

STAUD Tommy Tiny Beaded 

Foto – Lyst / Aria Online

Dihiasi dengan manik hitam dan perak dalam corak kuda belang, beg mini ini hanya memuatkan barangan kecil sahaja seperti kad kredit, kunci, gincu dan wang. Untuk dipadankan dengan pakaian pula, kamu boleh gayakan bersama baju raya kosong atau yang memiliki corak bunga-bunga kecil.

LOEWE Amazona Nano Tote 

Foto – Net A Porter

Mungkin nampak kecil tapi beg tenunan paling ikonik ini sebenarnya agak luas. Di dalamnya kamu boleh letak pelbagai item seperti dompet, telefon, mekap malah kunci. Bukan itu sahaja, nak padankan dengan baju raya pun memang cantik, lebih-lebih  lagi baju kurung Kedah dan baju kurung moden.

YSL Le 5 Á 7 Mini Smooth Leather 

Foto – YSL

Reka bentuk yang sangat klasik, ringkas dan penuh dengan elegan ini membuatkan beg hobo YSL sesuai untuk semua orang. Malah logam gangsa yang menghiasi logo YSL di bahagian hadapannya akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan kamu!

BOTTEGA VENETA Candy Cassette Intrecciato 

Foto – Bottega Veneta

Beg silang daripada Bottega Veneta ini mampu melengkapkan penampilan kamu dengan serta merta. Tali beg ini boleh dilaraskan  mengikut keselesaan kamu dan bagi Miss Murai lagi comel kalau dijadikan sebagai beg tangan yang gantung di bahu.

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

Happy shopping!

beg rayabeg tanganBeg Tangan Berjenamabeg tangan mini
https://lomp.at/dyb9p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara