Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Keadaan Pusara Sharifah Aini Cetuskan Keinsafan- ‘Hanya Rumput Hijau Yang Indah’’

by Phic ARMAN
December 7, 2025
150
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @anuarngah79, menarik perhatian ramai setelah berkongsi keadaan terkini pusara Biduanita Negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Ramai yang terkejut apabila melihat pusara legenda negara itu kelihatan sangat sederhana, tanpa sebarang hiasan, binaan, kepok atau batu nisan. Yang ada cuma hamparan rumput hijau yang bersih dan sepi.

@anuarngah1979

♬ original sound – AnuarNgah – AnuarNgah

Pemandangan itu mencetuskan pelbagai rasa dalam kalangan warganet. Sayu, insaf dan penuh hormat pada kesederhanaan yang ditinggalkan oleh tokoh seni sebesar beliau.

Dalam ruangan komen, seorang pengguna tampil mengesahkan keadaan tersebut:

“Ini memang kubur Arwah… saya selalu pergi ziarah kubur Arwah bapa saya selang 2 kubur je… makin lama memang nampak dah rata… mula-mula anak dia atau tak tahu siapa ada tulis atas kertas manila kad nama Arwah besar dia tulis, just letak atas kubur… lama-lama dah tak ada saya tengok…”

Komen lain pula menyebut amanat arwah sendiri:

“Setahu saya arwah memang dah pesan pada anak dia jangan buat apa-apa atau letak apa-apa di atas kubur dia… cukup yang tahu, tahulah…”

Ada juga warganet yang berkongsi sudut pandang agama:

“Ada beberapa ulama memang tak berapa setuju sangat buat sebarang binaan atas kubur ni… wallahualam…”

Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Difahamkan  Allahyarhamah  meninggal dunia kerana komplikasi fibrosis paru paru (pulmonary fibrosis).

Melihat keadaan pusara yang begitu sederhana, ramai peminat meluahkan rasa hormat terhadap peribadi Sharifah Aini yang dikenali penuh kelembutan serta tawaduk sepanjang hayatnya. Meskipun jasadnya telah lama pergi, legasi suaranya masih hidup di hati rakyat Malaysia.

Dan mungkin… dalam kesunyian pusara yang tanpa hiasan itu, terselit satu pesan: akhirnya, kita kembali kepada Allah dalam keadaan paling sederhana.

sharifah aini
https://lomp.at/2uhqs
Share60Tweet38SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara