Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

(VIDEO) Kedai Konsep Pertama XOX Space Dibuka di Sunway Pyramid

by Phic ARMAN
February 16, 2017
Share on Facebook

Pengendali Jaringan Maya Mudah Alih pertama Malaysia (MVNO), XOX MOBILE, hari ini secara rasmi telah membuka gedung peruncitan pertamanya, XOX Space yang akan beroperasi di Sunway Pyramid dengan konsep peruncitan baharu yang akan meningkatkan lagi kepuasan pengguna.

XOX Space dirasmikan oleh duta jenama XOX MOBILE yang juga merupakan legenda badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei, Datuk Eddie Chai, Ketua Pengarah Kumpulan, XOX Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Encik Ng Kok Heng.

Selepas upacara perasmian XOX Space. (Dari kiri) En Mohd Badrol Izman Bin Osman, Ketua Admin dan Kewangan, ONEXOX, Cik Sylvia Kong Choo Hui, Ketua Kumpulan Pegawai Kewangan, XOX Berhad, En Ng Kok Heng, Ketua Kumpulan Pengarah Eksekutif, XOX Berhad, Datuk Eddie Chai, Pengarah Urusan Kumpulan, XOX Berhad, Datuk Wira Lee Chong Wei dan En Azril bin Aliuddin, Pegawai Strategi Korporat.

XOX Space menawarkan kepada para pelanggannya persekitaran yang menyeronokkan untuk bersantai serta untuk melakukan kerja-kerja ringkas dengan sambungan WiFi yang disediakan di gedung tersebut.

Kedai ini juga direka bentuk agar mesra pelanggan dengan memastikan semua kemudahan senang untuk diperolehi.

Ruang niaga ini mempunyai tempat duduk yang mencukupi; akses WiFI percuma; beberapa mata plug elektrik untuk mengecaj perati serta mesin-mesin menjual makanan ringan dan minuman untuk dinikmati para pelanggan sewaktu mereka bersantai dalam persekitaran yang menceriakan.

YouTube video

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Encik Ng Kok Heng, XOX Space dibuka di salah sebuah lokasi strategik di dalam pusat beli belah paling polular di Lembah Kelang bagi membolehkan XOX MOBILE mendekati dengan pelanggan dan bakal pengguna baharu.

“Kami mahukan XOX Space mudah untuk didatangi oleh para pelanggan kami, serta yang baharu. Kedai ini merupakan usaha untuk memanjangkan lagi jangkauan kami agar para pelanggan boleh menikmati perkhidmatan dan khidmat sokongan pelanggan yang terbaik dalam persekitaran yang melambangkan semangat perkongsian XOX serta saling berkongsi dan bekerja secara bersama.

“Sejak beroperasi selama hampir dua bulan, XOX Space telah mencatatkan jumlah pelanggan dan maklum balas yang memberangsangkan membuatkan kami amat teruja untuk mewujudkan lebih banyak lagi cawangan pada masa yang akan datang,” jelas beliau.

Bermula hari ini sehingga penghujung bulan Mac, para pelanggan dan tetamu XOX Space boleh menunaikan pek permulaan Prabayar ONEXOX yang didatangkan dengan masa siar bernilai RM5. Dengan pembelian Super Season Pass berkapasiti 3GB data yang boleh dibawa ke hadapan pada harga serendah RM30, para pelanggan akan mendapat prabayar yang sah untuk tempoh paling lama iaitu selama 28 bulan untuk mereka menikmati perbezaan XOX MOBILE. Terdapat juga hadiah misteri untuk para pelanggan yang menunjukkan pamplet XOX MOBILE, selagi stok masih ada.

XOX MOBILE kini juga memulakan kempen top-up 30-GB Bonus bagi pelanggan prabayar, di mana 30GB data bonus akan diberikan sebagai ganjaran.

XOX MOBILE ketika ini memberikan perkhidmatannya kepada 1.65 pelanggan yang berdaftar dengan lebih 200 pusat khidmat, pengedar dan rakan niaganya yang terdapat di seluruh negara.

Datuk Lee Chong Weilee chong wei
https://lomp.at/ildbm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Suri Rumah Memang Suka! Ini Manfaat Ciri Teknologi ‘No Frost’ Pada Peti Ais

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau nak cakap jujur, No Frost Technology bukan sekadar ciri “extra”,  tapi dah jadi penyelamat rutin harian, especially untuk suri...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Yang Best Pasal Kad Ryt Ini Kalau Time Shopping? Ini 3 Hal Penting Yang Patut Anda Tahu

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau anda jenis suka shopping tapi dalam masa sama nak jaga flow duit, berita dari Ryt Bank ini mungkin buat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara