Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Keith Foo Bimbang Kes Sosial Pelajar Meningkat -“Jangan Salahkan Dunia Hiburan, Didikan Bermula Dari Rumah!”

by Puteri Alia
October 22, 2025
Share on Facebook

Pelakon Keith Foo meluahkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes sosial membabitkan pelajar sekolah yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebagai seorang bapa, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chi, 42, menyeru ibu bapa agar tidak lepas tangan dalam memantau pergerakan serta tingkah laku anak-anak demi mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial.

“Kesedaran tentang hal ini bermula dari rumah dan sekolah. Sebagai ibu bapa, kita kena mainkan peranan yang paling penting. Kena ambil tahu segenap aspek. Kita kena tahu jadual anak, dari waktu ke sekolah sampai masa dia pulang. Jangan biar mereka hanyut tanpa pantauan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui selepas rakaman program MeleTOP malam tadi.

Pelakon drama Jika Cinta Itu Buta itu menegaskan bahawa hubungan dua hala antara ibu bapa dan pihak sekolah amat penting bagi memastikan keselamatan serta moral pelajar terpelihara.

“Jika pihak sekolah longgar dalam soal keselamatan pelajar, itu juga perlu disemak semula. Ibu bapa dan guru perlu saling bekerjasama. Takkan kita nak letak CCTV di seluruh sekolah, atau kamera di kepala anak? Mustahil. Tapi kita boleh elak perkara tak diingini jika saling berhubung dan mengambil tahu,” ujarnya.

Keith yang juga duda kepada seorang anak perempuan turut menolak dakwaan bahawa industri hiburan menjadi punca kepada kemerosotan moral dalam kalangan generasi muda. Sebaliknya, beliau percaya bahawa punca sebenar bermula di rumah daripada cara anak dibesarkan dan sejauh mana ibu bapa memantau aktiviti harian mereka.

“Kita tak boleh terus menuding jari kepada industri seni. Anak-anak sekarang mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh di internet, satu klik saja dah macam-macam keluar. Kalau nak cegah, kena mula dari rumah. Kawal penggunaan gajet, pantau apa yang mereka tonton. Jangan tunggu dah terlambat baru menyesal,” katanya.

Kebimbangan Keith itu muncul susulan beberapa insiden mengejutkan membabitkan pelajar sekolah yang baru-baru ini mencetuskan kegusaran masyarakat. Antara kes yang tular termasuk pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas dipercayai ditikam rakan lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, selain kes kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan menjual tubuh menerusi aplikasi WhatsApp. Turut mendapat perhatian ialah kes seorang pelajar Tingkatan Tiga di Alor Gajah yang mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol bergilir oleh dua pelajar senior.

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- "You’re Being Real..."

Bagi Keith, isu-isu seumpama ini wajar dijadikan pengajaran supaya ibu bapa lebih peka terhadap perubahan anak-anak serta tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah.

“Anak-anak perlukan bimbingan, bukan sekadar perhatian bila dah buat salah,” katanya.

Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan model dan usahawan Kim Raymond pada November 2015 sebelum bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo, yang kini berusia lapan tahun sumber kekuatan utama pelakon itu untuk terus memperjuangkan peranan ibu bapa dalam membentuk generasi masa depan.

keith foo
https://lomp.at/9ywoj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara