Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Selepas Isu Ambil Gambar Babak Filem, Kek Batik Ameera Khan Pula Jadi Pertikaian

Ada yang berpendapat harga yang diletakkan oleh Ameera terlalu mahal.

by Naddy Joe
January 7, 2022
Share on Facebook

Isu mengambil gambar beberapa babak filem terbaharu Lady Gaga, House Of Gucci dalam pawagam masih lagi hangat diperkatakan. Terbaru, adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan yang juga usahawan terus mendapat kritikan warganet di media sosial.  Ia berikutan kek batik yang dijual menerusi jenama LMK Kek Batik dilihat ‘keras” dan tidak bersesuaian dengan konsep kek batik yang sering dijual di pasaran.

Menerusi laman Twitter, seorang warganet dikenali sebagai @aswaliaaa  mempersoalkan keadaan kek batik itu selepas berkongsi tangkap layar Insta Stories Ameera yang memberikan manisan tersebut kepada beberapa rakannya yang juga terdiri daripada pempengaruh media sosialk dan selebriti tanah air.

“Girl, what kind of dry a*s kek batik is that” soalnya

Harga Kek Batik LMK Terlalu Mahal?

Ciapan tersebut yang mendapat 12.3k ulang kicau dan 16.7k tanda suka setakat ini turut menerima ratusan komen warganet yang turut menyokong apa yang dikatakan oleh wanita itu. Malah,  ada yang berpendapat harga yang diletakkan oleh Ameera terlalu mahal.

“Dia macam patah-patahkan biskut pastu tuang chocolate sauce je on top. Tetiba jual harga yahudi.”

“Dia jual ke?? Serious lah macam tu dia jual kat orang..Biskut pun tak hancur”

“Ni macam biskut celup chocolate”

“Kedekutnya nak letak chocolate mahal dia.”

“Rasa mesti kering nak mampus kalau rupa pun dah gitu.” komen mereka

“Kek Batik Apo Semua Benda Tak Letak”-Warganet

Malah, ada yang mengkritiknya tidak memasukkan bahan asas membuat kek tersebut dan sebaliknya hanya menggunakan pure caramel belgian chocolate.

“No milo, no eggs, NO SUGAR, No condensed milk. Cuma letak katanya pure caramel belgian chocolate. Patutlah kek batik kau nampak kering macam pasir gurun sahara..Plus kek batik apoo kalau semua benda tak letak? Baik cicah je biskut meri tu dengan ayaq milo nyah”

“Adakah mereka cuba untuk menjadi sihat atau vegan? komen mereka lagi

Walaubagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang pernyataan yang diberikan oleh Ameera meskipun dikritik hebat di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ameera khanlittle miss khanLMK
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara