Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Kenali Alexandra Grant, Kekasih Baru Keanu Reeves Yang Sudah ‘Berusia’

by Phic ARMAN
November 5, 2019
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Agak heboh dikalangan peminat selepas Keanu Reeves dilihat memegang kekasihnya bernama Alexandra Grant hujung minggu lalu di Gucci LACMA Art Film Gala di Los Angeles.

Ini pasti hal mengejutkan kerana pelakon John Wick tidak pernah bersama dengan mana-mana teman wanitanya di karpet merah sepanjang kerjaya selama 35 tahun.

Dalam acara itu, pasangan Keanu dan Alexandra begitu mesra dan seolah-olah kedua-dua mereka tak boleh lepas dari berpegangan tangan.

Nampaknya mereka benar-benar dilamun cinta. Lihat pada gambar berikut yang diambil dari Daily Mail.

Keanu Reeves kelihatan kacak dalam suit hitamnya walaupun berusia 55 tahun. Manakala Alexandra Grant juga kelihatan agak berusia dengan membiarkan rambut dengan warna putih.

Siapa Alexandra Grant? Wanita berusia 46 tahun itu pada asalnya merupakan rakan kongsi perniagaan Keanu Reeves yang memiliki perniagaan penerbitan buku artis. Alexandra juga bekerja untuk Los Angeles County Art Museum (LACMA) di mana acara ini diadakan.

Alexandra Grant bekerja dengan Keanu Reeves untuk menerbitkan buku beliau iaitu Ode To Happiness dan Shadow pada tahun 2011. Alexandra membuat ilustrasi untuk buku itu. Lima tahun kemudian Keanu membuat puisi.

Wanita lulusan dari Swarthmore College ini merupakan seorang artis di Los Angeles. Dalam karyanya, Alexandra selalu membayangkan pemikiran penulis melalui ukiran, lukisan, video, gambar dan sebagainya.

Pasangan ini kelihatan saling sayang menyayangi. Keanu Reeves diketahui belum pernah dilihat memiliki kekasih secara terbuka dalam kerjayanya. Foto ini diambil Oktober lalu selepas mereka makan di sebuah restoran sushi di Sunset Boulevard, Los Angeles.

Keanu Reeves pernah mempunyai hubungan yang serius dengan Jennifer Syme pada tahun 1999, namun anaknya meninggal dunia ketika dalam kandungan. Agak menyedihkan, mereka sudahpun memberi nama kepada anak tersebut.

Selepas berpisah, Syme meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 2001 ketika dia berusia 28 tahun. Sejak itu Keanu tidak pernah dikenali lagi dalam hubungan.

Keanu Reeves seringkali dijodohkan dengan Sandra Bullock kerana sering memainkan filem bersama. Kedua-duanya membintangi filem Speed pada 1994 dan disatukan kembali pada tahun 2006. Walaupun kelihatan agak dekat, ia kemudian menunjukkan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan.

Jadi anda rasa adakah pasangan Keanu Reeves dan Alexandra Grant ini secocok?

https://lomp.at/a6iq0
Share23Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara