Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Kelly Preston Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

by Khai Azfar
July 14, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Selain berita mengenai penemuan mayat bintang Glee, Naya Rivera yang ditemui terapung di Tasik Piru di California, dunia Hollywood turut dikejutkan dengan satu lagi khabar berita yang menyedihkan apabila pelakon Kelly Preston dilaporkan telah meninggal dunia semalam.

Dua Tahun Menderita Penyakit Kanser 

Pelakon berusia 57 tahun itu yang juga isteri kepada John Travolta meninggal dunia selepas dua tahun bertarung dengan penyakit kanser payudara. Khabar berita itu disahkan sendiri oleh Travolta menerusi laman Instagram nya.

“Dengan hati yang berat, saya memaklumkan isteri, Kelly tewas dalam pertarungan selama dua tahun melawan kanser payudara.

“Dia, seorang yang kuat dengan sokongan dan kasih sayang. Saya dan keluarga akan selalu menghargai barisan doktor dan jururawat di MD Anderson Cancer Center, semua pusat perubatan membantu, keluarga dan rakan tersayang yang selalu di sisinya. Kasih sayang dan kehidupan Kelly akan selalu diingati,” katanya.

Perlukan Masa Untuk Sesuaikan Diri 

Dalam perkongsian tersebut, Travolta memaklumkan bahawa dia dan anak-anak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri selepas pemergian insan tercinta. Malah dia turut memohon maaf sekiranya peminat dan kenalan tidak mendengar sebarang khabar berita mengenainya.

“Saya akan mengambil masa buat seketika untuk berada di sisi anak-anak yang baru sahaja kehilangan ibu. Jadi, maafkan saya sekiranya anda tidak mendengar sebarang berita daripada saya dalam tempoh ini.

“Tetapi, tolong ketahui, saya menghargai kasih sayang yang dicurahkan selama kami mengambil masa untuk pulih,” kongsi Travolta

Sebagai rekod,Kelly telah berkahwin bersama Travolta selama 29 tahun dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Jett,27,Ella,20 dan Benjamin, 9.

View this post on Instagram

A post shared by John Travolta (@johntravolta)

Bagaimanapun, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun. Antara filem popular lakonan Kelly adalah Mischief, Twins, Jerry Maguire, From Dusk Till Dawn, The Cat in the Hat dan banyak lagi.

john travoltaKelly Preston
https://lomp.at/zerid
Share20Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara