Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

5 Tanda Yang Mencurigakan Di Sebalik Kematian Raja Pop Michael Jackson

by Puteri Alia
June 15, 2021
Foto - People/Pinterest

Foto - People/Pinterest

Share on Facebook

Pemergian raja pop Michael Jackson sebenarnya masih lagi menjadi bualan ramai di kalangan peminat tegar pelatun lagu ‘Smooth Criminal’ ini.

Ini kerana ramai di kalangan peminat raja pop ini mendapati beberapa tanda dan keanehan di sebalik kematian idola mereka. Di petik dari Fimela, terdapat beberapa perkara atau tanda yang pelik di sebalik pemergian raja pop dunia ini berikut adalah tanda-tandanya.

#1 Tiga Bulan Baru Dimakamkan

Foto – Daily Mail/Vanity Fair

Berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Fimela, sepatutnya proses pemakaman bintang pop ini dilakukan pada 7 Julai 2009 iaitu 12 hari selepas kematiannya di Staples Center di Los Angeles. Tetapi pemakaman raja pop ini dilakukan selepas tiga bulan kematiannya iaitu pada 4 September 2009.

#2 Ucapan Kematian Yang Janggal

Foto – NME

Sepatutnya apabila pemergian bapa dan suami tercinta akan membuatkan anak-anak dan isteri menjadi sebak, dan kelu tidak terkata semasa majlis ucapan kematian dilakukan.

Tetapi lain pula jadinya bila mana ada peminat yang lihat anak-anak dan ahli keluarga Michael Jackson kelihatan janggal memberi ucapan kematian dihadapan khalayak ramai, dan sebaliknya mereka berbisik sambil ketawa dan ini membuatkan peminat berasa curiga dengan kematian bintang pop ini.

#3 Keranda Ditutup Rapat

Foto – ABC

Di barat sebelum pemakaman si mati, para hadirin dapat melihat jenazah buat kali terakhir dengan peti keranda yang dibuka separuh.

Tetapi semasa proses pemakaman Michael Jackson, peti kerandanya ditutup rapat dan orang ramai tidak pasti sama ada betul atau tidak penyanyi legenda itu benar-benar meninggal dunia atau sebaliknya.

Peti keranda disaluti emas itu terkubur di Neverland dengan misteri yang tidak dapat dirungkaikan sehinggalah ke hari ini.

#4 Randy Phillips Terlepas Cakap?

Foto – Healthy Living Magazine

Nama pengurus kepada raja pop iaitu Randy Phillips sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan dunia, pengurus bintang pop ini kelihatan seperti terlepas cakap dalam satu temubual di mana Randy menyatakan bahawa artis legenda itu baik-baik saja.

Berani ke Datang? 9 Tempat Di Malaysia Yang Banyak Kisah Misteri

Mungkinkah Michael Jackson masih hidup sebenarnya?

#5 Sengaja Palsukan Kematian?

Foto – Devon Live

Bukan itu saja, hal yang paling mengejutkan adalah peminat raja pop ini menyangka kematian idola legenda ini hanyalah satu konspirasi dan bintang pop tersebut masih hidup.

Antara khabar angin yang paling banyak diperkatakan di kalangan peminat adalah, Michael Jackson sengaja memalsukan kematiannya untuk jalani kehidupan orang biasa dan kini menetap di Bahrain dengan kediaman mewahnya.

Banyak juga tanda aneh dan teori luar biasa berlegar mengenai rahsia di sebalik kematian bintang legenda ini, dan semua ini kekal misteri dan hanya ahli keluarga dan orang rapat Michael Jackson sahaja yang tahu kebenarannya.

michael jacksonmisteriraja pop
https://lomp.at/93kuf
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara