Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Kematian Tragis Nike Ardilla Sembunyi 4 Misteri Tak Terungkap!

by Puteri Alia
June 30, 2021
Foto - Instagram @nikeardillaofficial

Foto - Instagram @nikeardillaofficial

57
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi lagenda Indonesia ini pergi pada usia yang sangat muda, pada tahun 1995 Nike meninggal dunia semasa usianya 19 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan tersebut menimbulkan spekulasi dan khabar angin yang menyatakan kemalangan tersebut bukan kemalangan biasa, dan sehingga kini orang ramai masih tercari-cari jawapan sebenar apa yang menyebabkan kematian idol muda itu.

Kereta Dilanggar Dengan Sengaja?

Foto – Instagram @nikeardillaofficial/Sumber Viral

Dipetik dari Bombastis, mengikut laporan yang dikeluarkan kemalangan berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipandu Nike ingin memintas kereta merah di depannya.

Tetapi lain pula jadinya ketika hendak memotong terdapat kereta jenis Taft di hadapan, lalu menyebabkan kereta yang dipandu Nike berpusing hingga melanggar penghadang jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ramai yang membuat spekulasi bawa kereta merah dan kereta Taft itu sengaja melanggar kereta Nike hingga berlaku kemalangan, tapi pihak polis menyatakan tiada sebarang bukti atau motif jahat dalam kes kemalangan tersebut.

Dikaitkan Dengan Minuman Keras Dan Dadah

Foto – Instagram @nikeardillaofficial

Dalam banyak-banyak teori konspirasi tentang kematian penyanyi popular ini, orang ramai mengaitkan kelangan jalan raya tersebut berlaku kerana Nike memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Namun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, bedah siasat menunjukan di dalam tubuh Nike tidak mengandung sebarang alkohol mahupun dadah.

Meskipun begitu, orang ramai masih tertanya-tanya bagaimana kereta Nike boleh berpusing sebegitu rupa hingga melanggar penghadang jalan.

Topik Berkaitan Gatal Satu Badan, Tapi Punca Tak Jelas? Misteri Serangga Halus Undang Kebimbangan

Peminat Syak Rakan Baik Nike Dalangnya

Foto – Instagram @nikeardillaofficial/Liputan6

Peminat syak rakan baik Nike iaitu Eno Sigit merupakan penyebab kemalangan tersebut berlaku, apatah lagi orang ramai membuat spekulasi bahawa Enno mempunyai motif untuk berbuat demikian.

Motif yang dimaksudkan adalah hubungan cinta tiga segi antara Nike, Tommy Nasution dan Eno, tetapi hal tersebut disangkal kerana kemalangan berlaku ketika Eno belajar di luar negara dan dirinya sendiri memberi komen bukan dia yang melakukannya

Ibu Nike Tak Tahu Anak Sudah Meninggal Dunia

Foto – Instagram @nikeardillaofficial

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila menerima khabar berita yang anak perempuan kesayangan sudah tiada lagi di dunia ini, dan lebih teruk lagi berita tersebut diketahui menerusi kawan artis anaknya sendiri dan bukannya dari pihak polis atau pihak yang terdekat dengan Nike.

Tiga hari selepas Nike dikebumikan barulah ibu Nike mengetahui cerita sebenar, dari situ spekulasi orang ramai semakin kuat menyatakan bahawa kematian Nike ini sengaja dirahsiakan oleh pihak berkuasa.

Sehingga sekarang ramai yang masih tertanya-tanya mengenai misteri kematian penyanyi lagenda ini, adakah ia buatan orang dan jika ya siapa dalanganya hingga mahu menyembunyikan berita kematian Nike dari ibu Nike sendiri?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
misteriNike Ardillatragis
Share23Tweet14SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara