Masyarakat di Malaysia dan nasi memang berpisah tiada. Walau di mana sahaja berada, nasi pasti dicari dan sentiasa menjadi igauan. Ada juga segelintir di antara kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Kalau dalam sehari tak dapat nasi, tak senang duduk dibuatnya.
Makanan yang satu ini dapat dipelbagaikan dengan bermacam jenis variasi. Jom kita tengok, anda kenal atau tidak dengan 5 jenis nasi yang sangat rare.
1. Nasi Kuning
Nasi tumpang adalah sejenis hidangan yang berasal dari negeri Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih yang dicampur bersama lapisan hidangan lain dan dibungkus seperti bentuk kon dan biasanya menggunakan daun pisang. Secara tradisinya, makanan ini adalah sebagai makanan ruji petani atau pelancung untuk dibawa bersama sebagai bekalan ketika bekerja. Biasanya nasi tumpang akan padat dengan lapisan seperti telur, daging, serunding, sambal, timun, mee goreng, bihun goreng dan lain-lain.
6. Nasi Hujan Panas
Hidangan ini dipanggil nasi hujan panas kerana 3 warnanya iaitu hijau, kuning dan merah. Kononnya jika cuaca panas, lalu turun hujan dan terbentuknya pelangi yang berwarna warni, lantaran itu nasi ini dipanggil nasi hujan panas. Nasi ini biasanya disajikan semasa majlis perkahwinan dan keramaian. Nasi hujan panas sangat sedap dimakan bersama ayam masak rose, dalca dan acar.
Mesti meleleh air liur kan sebab dijamu mata dengan hidangan nasi yang rare ni. Kalau nak rasa, boleh la cuba buat sendiri, pasti sedap, menyelerakan dan sangat berpuas hati.

