Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kenali Abdulrashade, Dari Lakaran Pasir Ke Rekaan Pocky Merdeka

by Phic ARMAN
September 4, 2025
Share on Facebook

Kalian pernah dengar nama Abdulrashade? Kalau belum, biar MURAI ceritakan. Sebelum jadi artis jalanan yang dikenali ramai, beliau hanyalah budak kampung biasa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Bayangkan, masa kecil beliau suka melukis di atas pasir depan rumah, bukan di kertas sketchbook ya!

Lebih manis, keluarganya mengusahakan dusun durian. Menariknya, sekarang rezeki berputar kembali beliau dilantik menghasilkan mural khas untuk pelancaran Pocky Durian sempena Merdeka ke-68. Dari pasir ke papan iklan besar, siapa sangka bukan?

Perjalanan seninya pun bukan biasa-biasa. Selepas belajar reka bentuk multimedia, beliau sempat bekerja dengan beberapa agensi, tetapi pada tahun 2014 nekad menjadi artis bebas. Dari situ lahirlah gaya tandatangannya, seni jalanan dengan sentuhan Nusantara. Ada motif Peranakan, flora tropika, kisah rakyat, sampai elemen nostalgia zaman kanak-kanak. Hasil tangannya bukan sahaja ada di Malaysia, malah sudah sampai ke Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan beliau pernah ke Dubai pada 2016 untuk menghasilkan mural berskala besar. Kiranya kalau mural ada pasport, pasti penuh dengan cop!

Projek terbarunya?

Share the Taste of Heritage’, mural berwarna-warni di Jalan Doraisamy, Chow Kit. Dengan gabungan motif Peranakan, semangat belia yang gemar bermain papan luncur dan fotografi, serta kecintaan rakyat Malaysia terhadap makanan, mural ini menjadi penghormatan buat negara tercinta.

Dan tentu sekali, bintang utama,  Pocky Durian & Pocky Ondeh-Ondeh. Yang pertama hadir dengan coklat durian sebenar yang berkrim (rasanya seperti makan durian tetapi tanpa perlu risau tentang baunya), manakala yang kedua menggabungkan coklat pandan, kelapa parut kering, dan biskut gula Melaka yang rangup. Harganya pun berpatutan, RM3.40 sekotak. MURAI rasa, ini jenis snek yang boleh buat kalian rasa patriotik sambil menikmatinya di hadapan televisyen.

Selain mural dan Pocky, Abdulrashade juga aktif bersama Eightyfourcube Collective serta menguruskan Blast Store KL.  Lokasi penting buat peminat grafiti. Beliau memang lantang tentang seni jalanan, mahu ubah persepsi masyarakat bahawa grafiti itu bukan sekadar “conteng-conteng”, tetapi sebahagian daripada identiti budaya kita.

Jadi, kalau kalian singgah ke Chow Kit, jangan lupa bergambar di mural ‘Share the Taste of Heritage’. Kalau mahu ikuti perjalanan seninya, kalian boleh lihat di Instagram: @abdulrashade.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
AbdulrashadePocky Durian
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara