Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Kenali Bergson Da Silva ‘Raja Gol’ JDT, No.9 Harimau Selatan

by Ayu Kamaruddin
December 20, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Bergson Da Silva bukan lagi asing dalam landskap bola sepak tempatan. Penyerang import Johor Darul Ta’zim ini terus mencipta legasi tersendiri apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia dengan 109 gol, memintas rekod lama Indra Putra Mahayuddin. Bagi penyokong setia Johor Darul Ta’zim, Bergson bukan sekadar mesin gol tapi simbol dominasi. No cap, memang level boss.

Lahir pada 9 Februari 1991 di Alegrete, Rio Grande do Sul, Brazil. Bergson Da Silva kini berusia 34 tahun dan memikul status ikonik sebagai No.9 Harimau Selatan. Perjalanannya bukan jalan pintas, bermula di Esporte Clube Pelotas, kemudian mengasah reputasi bersama Cruzeiro-RS iaitu Esporte Clube Cruzeiro (kelab bola sepak dari Selatan Brazil)  sebelum namanya benar-benar meledak selepas menyertai Johor Darul Ta’zim pada 2021 dari Santa Cruz PE (kelab bole sepak dari Timur Laut Brazil).

Via Instagram/ @bergsonberg

Dari situ, Bergson bukan sahaja menjadi nadi serangan JDT, malah mencipta sejarah apabila memecahkan rekod 109 gol Liga Super, mengatasi legenda tempatan. Dari Alegrete ke Iskandar Puteri, kisahnya membuktikan kerja keras dan konsistensi memang aura penyerang kelas atasan.

Hat Trick Ikonik Lawan Sabah

Detik yang sukar dipadam daripada ingatan peminat hadir pada 21 September 2025, apabila Bergson meledakkan hat-trick dalam kemenangan sensasi 8-0 JDT ke atas Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim. Bermula dengan sepakan penalti, diikuti tandukan kemas hasil hantaran Arif Aiman, sebelum menutup malam gemilang dengan penyudah klinikal, Bergson bukan sahaja mengganas di hadapan gol, malah memahat satu lagi sejarah peribadi. Ketua jurulatih JDT sendiri menyifatkan malam tersebut sebagai “sejarah bola sepak Malaysia”.

Dominasi Head to Head vs KL City

Jika berbicara soal lawan kegemaran, KL City FC jelas antara pasukan yang sering ‘kena’ dengan sentuhan berbisa Bergson. Dalam 16 pertemuan, JDT telah menjaringkan 49 gol, dengan Bergson muncul sebagai penyumbang terbanyak. Rekod ini seiring dengan 14 kemenangan JDT ke atas KL City, sekali gus mengukuhkan status Harimau Selatan sebagai pasukan paling dominan dalam pertembungan ini. Walaupun Bergson tidak diturunkan dalam aksi terbaharu, auranya masih terasa.

Kuasa Bergson & JDT Makin Luas

Bukan sekadar Raja Gol Liga Super, Bergson telah mengumpul 166 gol keseluruhan bersama JDT dalam semua kejohanan satu angka luar biasa yang mengukuhkan statusnya sebagai antara import paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Statistik ini pantas tular di media sosial, dengan ramai peminat menyifatkannya sebagai “era Bergson”.

Mampukah Bergson Menyinar Bersama Harimau Malaya?
Via instagram/ JDT

Lebih manis, Johor Darul Ta’zim turut muncul juara Piala FA terkini, menambah koleksi trofi musim ini dan membuktikan dominasi mereka bukan bersifat sementara. Dalam saingan Liga Super pula, JDT kini mendahului liga dengan jurang 10 mata di puncak carta, satu kedudukan yang membuat pesaing hanya mampu mengejar dari jauh.

Tak hairanlah frasa “Luaskan Kuasamu Johor!” kini menjadi bahan hook popular di TikTok dan X, lengkap dengan klip jaringan Bergson serta sorakan di Stadium Sultan Ibrahim. Aura juara, memang on another level.

Update Kemenangan Terkini JDT

Terbaharu, JDT terus mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Super selepas membelasah KL City 4-0 pada 17 Disember 2025 di Stadium Kuala Lumpur. Gol-gol pantas oleh Cristian Glauder, Manuel Hidalgo, Jairo da Silva dan Óscar Arribas memastikan JDT mengumpul 33 mata daripada 11 perlawanan, kekal tanpa kalah. Lebih manis, kemenangan ini turut meleburkan rekod tanpa kalah KL City di laman sendiri. Savage, tapi classy.

BergsonGol TerbanyakJDT
https://lomp.at/wut1c
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Tak Hon, Tak Call? Makanan Ditinggal Hingga Dihurung Burung Cetus Perdebatan

by Naja Nix
March 17, 2026

Perkongsian seorang individu di Thread baru-baru ini mencuri perhatian apabila meluahkan rasa kecewa selepas pesanan makanan yang diterima dibiarkan tanpa...

Read moreDetails
Insentif

Kerajaan Perak Bantu Ibu Tunggal Sertai i-Suri KWSP, Hampir 2,000 Penerima Terima Caruman Permulaan

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Berita baik buat golongan ibu tunggal di Perak apabila kerajaan negeri memperkenalkan inisiatif khas bagi membantu mereka menambah simpanan persaraan...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Naja Nix
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
via Thread /@No-Rip-4504
Sosial Buzz

Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna mi segera apabila rekaan garfu kayu yang disertakan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara