• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Kenali Puteri Fadzilah, Puteri Brunei Yang Aktif Bersukan Hingga Jadi Kapten Bola Jaring!

by Soph Azz
August 9, 2023
Foto – Borneo Bulletin (FB)

Foto – Borneo Bulletin (FB)

Share on Facebook

Ramai yang kurang tahu tentang Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; memandangkan puteri ini seorang yang pendiam dan agak privasi tentang kehidupannya.

Berikut Miss Murai kongsikan beberapa fakta menarik tentang puteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah. Scroll untuk baca sampai habis!

Anak Kepada Sultan Brunei & Isteri Kedua 

Mesra dipanggil sebagai Puteri Fadzilah atau Fad, puteri ini merupakan anak kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri kedua iaitu Hajah Mariam binti Abdul Aziz.

View this post on Instagram

A post shared by @bruneiroyalfamily

Puteri Fadzilah mempunyai dua orang abang dan seorang adik perempuan. Adik beradiknya adalah Putera Azim, Putera Mateen dan Puteri Azemah Bolkiah.

Walaupun Sultan Hassanal Bolkiah mempunyai lebih ramai anak tetapi adik beradik Puteri Fadzilah merupakan ahli kerabat diraja yang paling terkenal.

Salah Seorang Kerabat Diraja Yang Terkaya Di Dunia 

Dipetik daripada SCMP, Puteri Fadzilah merupakan salah seorang kerabat diraja yang terkaya di dunia. Anggaran nilai bersihnya adalah $28 bilion iaitu bersamaan dengan RM 117.25 bilion.

Foto – Nona

Pada masa yang sama, Puteri Fadzilah juga seorang yang dermawan. Beliau telah menyokong usaha membina Pusat Perubatan Rimba untuk membantu promosi dan tambah baik penjagaan kesihatan di Brunei.

Miliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan Di Universiti Terkenal 

Pada usianya 22 tahun, Puteri Fadzilah telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam Pengajian Antarabangsa dari Universiti Kingston, Britain.

View this post on Instagram

A post shared by Mateen (@tmski)

Info menarik: Menerusi laman web sekolah, Puteri Fadzilah memberitahu dia menikmati masanya di sekolah dan merancang untuk teruskan pendidikan.

Pada tahun 2015 pula, Puteri Fadzilah telah memperoleh ijazah sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Hult International Business School.

Gemar Bersukan & Jadi Kapten Pasukan Bola Jaring

Paling menarik sekali, Puteri Fadzilah turut dikenali sebagai ‘Puteri Sukan’. Beliau merupakan pemain polo dan ekuestrian. Malah Puteri Fadzilah pernah menjadi kapten pasukan bola jaring kebangsaan Brunei.

Foto – Brunei Darussalam (FB)

“Saya juga seorang perempuan. Pada mulanya rakan sepasukan saya terkejut melihat pengawal peribadi diraja bersama mereka. Tetapi mereka sudah biasa. Saya suka menggalakkan rakan sepasukan saya!”

Beliau sangat meminati bola jaring dan pernah memuji rakan sepasukan serta jurulatihnya dalam Sukan SEA 2020. Puteri Fadzilah juga berharap sukan bola jaring terus disokong dan lebih ramai atlet serta jurulatih berkelayakan ada di Brunei.

Jadi itulah Puteri Fadzilah, memang lain sangat daripada adik beradiknya yang lain kan?

fakta puteri bruneifakta puteri fadzilahputeri fadzilah
https://lomp.at/rpwqy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Fesyen

Kalau Runsing Fikirkan Warna Baju-Tudung Yang Sesuai, Boleh Ikut 16 Idea Padanan Ini…

by Soph Azz
March 27, 2023

Pernah tak kamu buka almari baju dan tudung, kemudian termenung habiskan masa memikirkan warna mana yang sesuai dipadankan? Miss Murai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore