Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Kenapa Ezwan Zain Menangis ‘Call’ Erra Fazira Malam Sebelum Nikah?

by Phic ARMAN
December 18, 2025
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, di sebalik majlis pernikahan yang tampak indah dan tenang, tersimpan satu kisah menyentuh hati antara Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain. Dalam satu temubual eksklusif di saluran YouTube Kasi Onz berdurasi 16 minit, Erra tanpa berselindung berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada Ezwan yang bertungkus-lumus menguruskan majlis pernikahan mereka dengan sebaiknya.

YouTube video

Namun yang mencuri perhatian, Erra turut ‘membocorkan’ satu rahsia kecil, Ezwan rupanya menangis pada malam sebelum hari bahagia mereka.

“Korang tahu tak, dia nangis-nagis tau sebab stress,” kata Erra sambil tersenyum, menceritakan kembali detik itu.

Ezwan yang berada di sisi pantas membidas dengan nada berseloroh,

“Eh jangan cerita kat orang,” katanya, mengundang tawa.

Menurut Erra, dia beranggapan suaminya itu terlalu tertekan memandangkan bukan mudah menguruskan majlis pernikahan, apatah lagi dengan pelbagai kekangan dan cabaran yang datang bertimpa-timpa.

“Majlis hari tersebut tak mudah,” ujar Ezwan jujur.

Namun Ezwan menjelaskan, tangisan itu bukanlah kerana stres seperti yang disangka. Sebaliknya, ia lahir daripada rasa terharu yang mendalam.

“Saya cakap pada Erra, saya bukan stres. Tangisan saya pada Erra waktu itu adalah sebab saya terharu. Terlalu ramai yang berhati baik bantu saya dalam keadaan sukar. Bukan stres ya, happy,” jelasnya penuh emosi.

Ramalan Cuaca Yang Tidak Baik

Dalam temubual sama, pasangan ini turut berkongsi cabaran lain menjelang hari pernikahan mereka, termasuk soal cuaca. Erra mengakui dia pada mulanya tidak begitu yakin untuk mengadakan majlis secara outdoor, memandangkan ramalan cuaca ketika itu menjangkakan hujan dan petir.

Namun Ezwan memilih untuk berserah dan percaya sepenuhnya kepada Allah. Doa tidak pernah putus, dan akhirnya majlis berlangsung dengan cuaca yang sangat baik, seolah-olah segala kebimbangan terjawab dengan ketenangan.

[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

Kisah ini bukan sahaja membuka sisi lembut seorang Ezwan Zain, tetapi turut memperlihatkan betapa pernikahan mereka dibina atas rasa syukur, sokongan orang sekeliling dan keyakinan pada takdir Ilahi. Kadang-kadang, air mata bukan tanda kelemahan, tetapi bukti hati yang penuh dengan rasa terharu dan kasih.

erra faziraEzwan Zain
https://lomp.at/7n544
Share26Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
via @Tripadvisor
LifeXplore

Ghost Museum Penang: Muzium Seram & Unik Yang Wajib Anda Cuba

by Farah Fatihah
January 25, 2026

Kalau bercakap tentang George Town, Penang, ramai yang terus terbayang jalan-jalan warisan yang penuh sejarah, bangunan kolonial dan seni jalanan...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Funtasi Land
LifeXplore

Confirm Tak Nak Balik! Mini Rides, Roller Coaster & Playground Semua Ada Di Funtasi Land Plus+

by Farah Fatihah
March 21, 2026

Marina Island, Perak kini menambah satu lagi pilihan destinasi percutian menerusi pembukaan Funtasi Land Plus+. Taman hiburan luar seluas 3.5...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara