Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026
118
KONGSIAN
Share on Facebook

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport, sekali gus membawa teknologi hibrid ke dalam sedan segmen-B paling laris di Malaysia. Paling menarik, model ini turut disokong pemasangan bateri hibrid tempatan di kilang Toyota Bukit Raja, Selangor.

Untuk pasaran Semenanjung Malaysia, Vios HEV ditawarkan bermula RM103,900, manakala Vios HEV GR Sport bermula RM109,900, menjadikannya model hibrid paling mampu milik dalam rangkaian Toyota tempatan setakat ini. Senang cerita, nak kereta hibrid, tak perlu tunggu ‘kayangan’ dulu.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, berkata pengenalan Vios Hybrid bertujuan memperluas akses pengguna kepada kenderaan hibrid tanpa memerlukan perubahan ketara dari segi corak penggunaan harian atau kebergantungan kepada infrastruktur pengecasan.

“Pelaburan dalam pemasangan bateri hibrid tempatan turut memperkukuh rantaian bekalan, menyokong pembangunan industri automotif tempatan serta selari dengan agenda kemampanan negara,” katanya.

Datuk Ravindran K., President of UMW Toyota Motor | News Hub Asia
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K

Bateri Dipasang Tempatan, Impak Lebih Besar

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, UMWT melabur dalam barisan pemasangan bateri hibrid di kilang Bukit Raja dengan kapasiti pengeluaran sehingga 30,000 unit setahun, dan menariknya 97 peratus komponen dipasang secara tempatan.

Langkah ini bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon dioksida sekunder akibat logistik import, malah meningkatkan daya tahan rantaian bekalan serta fleksibiliti pengeluaran bagi memenuhi permintaan kenderaan hibrid yang semakin meningkat.

Barisan pemasangan berkenaan turut dilengkapi sistem pemeriksaan automatik, ujian prestasi bateri dan kebolehkesanan penuh bagi memastikan pematuhan kepada piawaian global Toyota dari segi kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan (QDR).

Lebih Jimat, Lebih Senyap, Lebih Urban-Friendly

Dari segi prestasi, Toyota Vios HEV menggunakan Sistem Hibrid Toyota yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter bersama motor elektrik dan bateri litium-ion kompak. Gabungan ini menghasilkan output 111 PS, dengan penggunaan bahan api NEDC 3.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

Sistem hibrid pengecasan kendiri membolehkan pemanduan elektrik pada kelajuan rendah serta pengecasan semula bateri melalui brek regeneratif, sekali gus menawarkan pemanduan lebih senyap dan efisien, terutamanya dalam persekitaran bandar. Sesuai sangat untuk rutin harian warga kota.

@paultancars

Akhirnya, #Toyota #Vios Hybrid dah sampai di Malaysia! Harga start dari RM104k, siap ada varian #GRSport lagi! Best ke tak best? #paultancars #paultan #carsoftiktok #cartok #cartiktok #malaysia #viral #trending #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Paul Tan’s Automotive News – Paul Tan’s Automotive News

GR Sport Untuk Yang Nak Lebih ‘Feel’

Bagi mereka yang mahukan sentuhan sporty, Vios HEV GR Sport tampil dengan elemen berinspirasikan Gazoo Racing termasuk aerodinamik khas, kemasan hitam, lencana GR serta talaan suspensi dan stereng kuasa elektrik bagi meningkatkan kestabilan serta kawalan pemanduan.

Vios HEV GR Sport
Toyota Vios HEV

Kedua-dua varian dilengkapi Toyota Safety Sense dan telah meraih penarafan maksimum lima bintang ASEAN NCAP, menjadikan aspek keselamatan kekal sebagai keutamaan.

Dari sudut dalaman, Vios HEV hadir dengan paparan audio 10.1 inci dan paparan maklumat hibrid 7 inci. Ia ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik, manakala varian GR Sport tampil lebih eksklusif dengan skema dua tona bersama bumbung hitam.

Sebagai pelengkap, model ini hadir dengan waranti kenderaan lima tahun tanpa had perbatuan serta waranti hibrid lapan tahun tanpa had perbatuan meliputi bateri, inverter dan unit pengurusan kuasa.

Pendek kata, Vios kini bukan sekadar popular, tapi sudah melangkah ke fasa lebih lestari. Jimat minyak, teknologi hijau, harga pun mesra. Ini memang Vios versi next level.

hibridToyotaToyota Vios HEVVios HEV GR Sport
https://lomp.at/zo3t7
Share47Tweet30SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Insentif

Guna KWSP Bayar Ansuran Rumah? Ramai Tak Tahu Sebenarnya Boleh ‘Cover’ Komitmen Bulanan!

by Ayu Kamaruddin
April 30, 2026

Dalam keadaan komitmen makin ‘menekan’, ramai pemilik rumah mula mencari cara untuk kurangkan beban bayaran bulanan. Tapi apa yang menarik,...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Tak Main-Main, Ini 7 Bantuan Bakal Dirasai Rakyat Selangor Bantu Hadapi Kos Sara Hidup

by Ayu Kamaruddin
April 20, 2026

Kerajaan Negeri Selangor tampil dengan satu lagi inisiatif berskala besar yang dilihat mampu memberi sedikit kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam...

Read moreDetails
Insentif

Anak Pahang Hafaz 5 Juzu’ Ke Atas? Ini Cara Mohon Saguhati Hafazan MUIP 2026

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Golongan penghafaz al-Quran di Pahang kini berpeluang menerima penghargaan khas apabila permohonan Bantuan Saguhati Hafazan 2026 rasmi dibuka bermula 2...

Read moreDetails
Insentif

MADANI Mart ‘On’! Kedai Murah Untuk Rakyat, Ini Yang Anda Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 6, 2026

Dalam usaha membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup, kerajaan tampil dengan satu lagi inisiatif baharu iaitu MADANI Mart sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara