Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kenapa Intan Tidak Dedahkan Perkara Sebenar?” – Ude Wahid

by Khai Azfar
March 22, 2018
Share on Facebook

Susulan berita perceraian Ude Wahid dan Intan Liana Salleh yang disahkan sebagai talak satu pagi ini, Ude Wahid akhirnya ‘membuka mulut’ untuk nenceritakan hal sebenar.

Sudah Berlarutan Sejak Dua Tahun Lalu

Ude menerusi kenyataannya pada pihak media hari ini, mendedahkan bahawa ruamh tangga mereka sudah goyang sejako dua tahun yang lalu. Malah Ude turut terkilan bahawa Intan seperti mahu mendedahkan sisi buruknya dimana kenyataan itu sama sekali tidak benar.

“Dia cakap tidak tahu salah kenapa ingin diceraikan dan kami tidak pernah berbincang masalah ini. Sedangkan dia tahu masalah dalam rumah tangga kami sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Saya selalu berbincang cara baik dan kalau boleh tidak mahu masalah ini diperbesarkan. Kenapa dia tidak bercakap kebenaran ini? Jadi saya agak terkilan kenapa dia mengeluarkan kenyataan ini. Tindakannya itu secara tidak langsung membuka aib saya”

Kerana Intan, Ude Dibenci Netizen?

Dalam perkembangan lain, terdahulu ramai netizen mula mengecam Ude kerana mengambil keputusan untuk menceraikan Intan. Sejak itu, pelbagai komen terus dilemparkan sehingga menyebabkan beliau menyahaktifkan Instagram nya. Mengulas lebih lanjut mengenai hal itu, Ude terus menjelaskan netizen terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

“Orang mula berpandangan negatif terhadap saya sehingga ramai beranggapan saya bapa tidak bertanggungjawab dan banyak lagi. Jadi, kepada Intan berhenti drama air mata. Saya tidak mahu bercerita apa masalah kami sejak dua tahun lalu. Ia terlalu peribadi buat saya. Kalau dia nak bercerita, ia terpulang”

“Apa yang penting saya tidak akan bercakap apa-apa. Banyak kali saya ajak berbincang, tetapi semuanya gagal. Pun begitu, jika ada yang tetap beranggapan saya sebaliknya, terpulang kepada mereka kerana mereka tidak tahu apa masalah sebenar. Takkan saya nak cerita semua hal dalam rumah tangga kami. Jadi saya berharap netizen perlu berlaku adil dengan tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atas diri saya,”

Segalanya sudah selesai hari ini. Kami doakan Intan dan Ude bahagia meneruskan kehidupan masing – masing tanpa sebarang kontroversi panas selepas ini.

Sumber : Harian Metro 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
intan liana ceraiintan liana dan udeintan liana sallehude wahid
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara