• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Kapal Terbang Berwarna Putih

by Jash Lee
May 2, 2023
Share on Facebook

Kapal terbang merupakan pengangkutan udara, yang kebanyakkannya dinaiki untuk pergi ke sesebuah negara yang tidak dapat dilalui dengan kenderaan darat mahupun laut.

Mengikut pelbagai kajian sejarah penerbangan awal manusia, Wright bersaudara iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright diisytiharkan oleh Federation Aeronautique Internationale (FAI) sebagai pencipta kapal terbang pertama di dunia.

5 Sebab Mengapa Kapal Terbang Dicat Berwarna Putih

Jika anda seorang pemerhati yang hebat, pasti anda tertanya-tanya mengapa setiap kenderaan mempunyai kod warna yang tersendiri contohnya kereta, lori, kapal laut serta kapal terbang mempunyai warna yang berbeza. Itu kerana, setiap kod pada kenderaan awam mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kali ini, Murai MY ingin berkongsikan mengenai mengapa kebanyakkan kapal terbang dicat berwarna putih?.

VIA google

Memang tidak semua kapal terbang dicat dengan warna putih ada juga yang dicat dengan warna-warna lain, namun warna asasnya haruslah dicat dengan warna putih. Ini adalah 5 sebab kenapa kapal terbang berwarna putih.

1. Pemantul Haba Yang Baik

Warna putih merupakan pemantul haba yang terbaik, di mana ia memantulkan hampir kesemua haba. Sebagai contoh jika memakai pakaian berwarna hitam kita akan merasa lebih panas, kerana warna hitam dapat menyerap haba dengan lebih banyak berbanding jika memakai pakaian putih yang dapat memantulkan haba.

Jadi disebabkan itulah warna putih digunakan pada kapal terbang, untuk mengelakkan pengumpulan haba memandangkan kapal terbang sentiasa terdedah dengan cahaya matahari.

2. Mudah Untuk Mengetahui Kerosakkan Serta Keretakan

Kapal terbang sering melalui proses pemeriksaan berkala, untuk mengenal pasti keretakan, kemek atau apa-apa sahaja kerosakan pada bahagian permukaannya bagi tujuan keselamatan. Oleh itu, warna putih adalah warna yang sesuai kerana kebiasaanya keretakan mempunyai warna yang gelap dan dapat mengesan karat serta tompok kebocoran minyak.

3. Melibatkan Kos Yang Tinggi Jika Mengecat Warna Lain

Dari segi kewangan, mengecat warna baru memerlukan pelaburan yang besar kerana melibatkan wang ringgit, masa dan tenaga manusia. Selain daripada itu, lapisan cat baru juga akan bertambah berat pada kapal terbang tersebut yang akan mengakibatkan lebih banyak kos operasi termasuk penggunaan minyak dan lain-lain.

4. Sukar Untuk Dijual Semula

Mengecat dengan warna lain juga, akan menyebabkan harga kapal terbang jatuh, kerana jika mahu menjualnya syarikat atau individu yang mahu membeli semula kapal terbang tersebut perlu mengecat kembali berwarna putih. Perkara itu akan melibatkan banyak kos yang akan ditanggung oleh pembeli. Oleh kerana itu jika warna kapal terbang selain dari putih maka penjualannya akan menjadi sukar.

5. Menghindari Kemalangan

Warna putih mampu untuk mengelakkan pertembungan dengan kawanan burung yang sedang terbang. Selain itu, sekiranya berlaku kemalangan di tengah laut atau di landasan pada waktu malam atau dalam keadaan yang gelap, warna putih kapal terbang dapat dilihat dengan jelas bagi memudahkan untuk dikesan.

Apa kata anda?

kapal terbangKapal Terbang Terbesar Di Duniakenapa kapal terbang berwarna putih
https://lomp.at/kjf9i
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore