Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kerana Cukai Tinggi, Wanita Sedih Ibu Bapa Tak Mampu Tunaikan Haji

Pengguna media sosial kecewa pihak Arab Saudi naikkan cukai terlalu tinggi hingga beri kesan pada kos Haji

by Puteri Alia
November 29, 2021
Foto - Remaja

Foto - Remaja

Share on Facebook

Tular di media sosial di mana seorang pengguna Twitter berkongsi rasa kecewa terhadap pihak Arab Saudi yang mengenakan cukai haji yang terlalu tinggi, sehingga menyusahkan bakal jemaah untuk menunaikan ibadah rukun Islam kelima tersebut.

Kos Haji Mahal Kerana Cukai Tinggi

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Iman Tanita @notorioustapir, meluahkan rasa kecewa kerana ibu bapanya ingin menunaikan Haji namun hasrat tidak kesampaian kerana kadar cukai yang dikeluarkan Arab Saudi sangat tinggi hingga jejaskan kos untuk mengerjakan Haji.

Wanita ini berpendapat, hal berkaitan dengan agama tidak patut dikenakan bayaran yang terlalu tinggi seperti perniagaan. Pengguna media sosial ini juga sedia maklum bahawa pihak Tabung Haji tidak mampu mengawal kadar cukai yang dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi.

Foto – Twitter @notorioustapir

“Kenapa Haji sangat mahal? Dari RM23K ke RM30K seorang?? Dan rakyat biasa perlu menunggu untuk TH (Tabung Haji) panggil untuk mereka untuk subsidi haji, sementara ramai dikalangan mereka meninggal dunia menunggu panggilan tersebut. Ini diskriminasi dalam banyak tahap bila yang kaya boleh di lihat banyak kali di Mekah.

Ibu bapa saya berhasrat untuk mengerjakan Haji mereka tapi, kami pasti tidak mampu untuk membayar RM60K. Cukai naik dari 5% kepada 15% lalu menyebabkan kos Haji terkesan. Haji adalah untuk semua, bukan sekadar untuk mereka yang boleh bayar wang yang besar.

Pandangan saya adalah agama tidak patut dikenakan wang yang berat sebagai perniagaan, terutama berkaitan dengan kos asas. Soalan saya lebih kepada Arab Saudi. TH tak ada kuasa mengawal kos, mereka cuma boleh bantu subsidi.” Luah Iman

Netizen Terkejut, Beri Pelbagai Respon

Melihat Tweet wanita tersebut, orang ramai berkongsi pandangan mereka dan rata-rata ramai yang luahkan rasa terkejut dengan kos mengerjakan Haji terlalu tinggi dan menyalahkan Arab Saudi kerana menaikkan kadar cukai Haji.

Rezeki Bakal Jemaah, Selangor Naikkan Insentif Haji Kepada RM1,500 Buat Jemaah Haji Muassasah
Foto – Twitter

“Mahalnya…”

“Covid kuota sikit jadi mahal”

“Sebab full board kot. Tambahan tiket kapal terbang makin mahal sekarang post Covid”

“Salah lah negara Arab Saudi tu, dah ikut barat punya stail. Terlalu mewah hidup kat sana sampai semua kos naik nak pergi kat tempat suci. Tak boleh salahkan TH sejak negara Arab tu bukan kita yang boleh kawal punya cukai hmm”

“Salah pak Arab suka-suka naikkan kos Haji (cukai VAT 15%). Inflasi katanya. What a load of BS!” komen warganet

Apa pandangan anda tentang hal ini?

Arab SaudicukaihajimahalTabung Haji
https://lomp.at/q06dz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara