Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kerana Gambar Di Instagram, Hafiz Hamidun & Joy Revfa Bakal Bercerai ?

by Khai Azfar
August 10, 2017
Share on Facebook

” Berikan saya masa dan tunggu kenyataan rasmi dari saya”

Begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafiz Hamidun ketika ditanya mengenai isu rumah tangga beliau bersama usahawan produk kosmetik terkenal, Joy Revfa.

Spekulasi rumah tangga mereka dikatakan bergoncang apabila kedua-dua suami isteri ini telah memadam gambar pasangan masing-masing di dalam Instagram mereka.

Walau bagaimanapun, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin dilihat tidak memadam gambar yang mempunyai gambar dan status;

” Kita yang dari dua planet yang sangat berbeza.. Di luar sana, mungkin ada yang suka & ada yang membenci.. Semoga kita tak tewas dengan kata – kata yang sengaja ingin meretakkan & memisahkan kita.. Sentiasa lah berdoa agar jodoh kita berkekalan sampai bila – bila .. insyallah.. “

Isu rumahtangga Hafiz Hamidun bersama pengasas produk Merve ini mula hangat diperkatakan pada minggu lalu apabila satu gambar yang dimuat naik oleh Joy Revfa dikatakan seolah-olah seksi dan menampakkan dadanya.

Sebagai suami kepada usahawan berkenaan, Hafiz Hamidun turut terpalit dengan kontroversi ini.

Hafiz Hamidun ketika ditanya mengenai isu berkenaan memberitahu kepada media bahawa beliau sendiri tidak menyedari akan perkara tersebut kerana beliau telah disekat dari mengikuti dan melihat gambar serta video isterinya di Instagram.

Lebih mengejutkan, isterinya Joy Revfa turut membalas kenyataan melalui akaun Facebook nya bahawa apa yang terjadi merupakan fitnah semata – mata dan beliau tidak pernah menyekat Hafiz dari akaun Instagram nya.

Serius akan hal ini, Joy Revfa akan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang menyebarkan khabar angin tersebut

https://www.instagram.com/p/BXfzhZRjICkbipOB5T7dtB08D8mjZezOR_-4DM0/?hl=en&taken-by=joyrevfa

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa telah berkahwin pada 1 Mei yang lalu dan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan Joy Revfa bersama bekas suaminya terdahulu yang juga seorang usahwan kosmetik, Dato Ray Imran .

Sehingga kini kedua-duanya masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu rumah tangga mereka. Sama – samalah kita doakan agar rumahtangga mereka berkekalan dan menemui jalan penyelesaian terbaik.

Sumber MStar Online Instagram Joy Revfa 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bakal Tunang Hafiz Hamidundato ray imranHafiz Hamidunhafiz hamidun berceraiJoy Refva Sofiajoy revfajoy revfa sofia berceraimerve cosmeticnama sebenar joy revfaSiti Arifah AminUsahawan Kosmetik Merve
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara