• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kerana Gegar Vaganza Nabil Dan Chef Wan Bergaduh Di Instagram

by Khai Azfar
November 21, 2017
Share on Facebook

Kami di murai.my ingatkan kes di antara pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan Chef Wan yang juga menjadi juri jemputan minggu kedua rancangan itu sudah selesai. Terdahulu, Chef Wan telah menegur Nabil untuk tidak keterlaluan berada di pentas kerana kadang kala lawaknya itu dianggap kasar. Tidak lama kemudian, Nabil akui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka.

Chef Wan Anggap Nabil Kurang Ajar

Semalam, Chef Wan yang sememangnya terkenal dengan ‘mulut laser’ nya sekali lagi menegur Nabil secara terbuka di Instagram kerana menganggap Nabil seperti kurang ajar dan suka menyampuk setiap kali juri ingin memberikan komen kepada peserta.Tambahnya, tindakan Nabil yang sering kali mengusik dan mengajuk percakapan juri adalah sesuatu yang tidak patut dan seharusnya dibendung.

Nabil Bidas Kenyataan Chef Wan Secara Live

https://murai.my/25307-nabil-ahmad-terasa-hans-isaac-blacklist-nama-pelawak-yang-lupa-diri/

“Assalamualaikum..Video ini ditujukan khas buat Datuk Prof Chef Wan..Whats wrong Datuk? You need some attention? I’ll give you some…”

Itulah antara bait-bait kata Nabil yang ditujukan khas buat Chef Wan di Instagram nya sudah mendapati chef selebriti itu seperti tidak professional dan menganggap perbuatannya itu seperti mahu memalukan dirinya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2017/11/FqJh5S-tKoNZTFGr-Twitter.mp4

Carian murai.my turut mendapati pelbagai komen negatif juga telah dilemparkan kepada Nabil setelah Chef Wan mengkritik cara pengacaraaanya.

Tidak Boleh Ditegur, Ego Tinggi

Tidak mengalah dengan kenyataan tersebut, Chef Wan sekali lagi memberi komen balas terhadap video Nabil dan menganggap pengacara itu seperti tidak boleh ditegur dan egonya tinggi. Dalam masa yang sama Chef Wan juga berkeras dengan pendiriannya dan tidak akan sesekali menarik semula kenyataanya kerana beliau menganggap itu sebagai nasihat dan pengajaran buat Nabil.

[VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

Pada pendapat kami, kedua-duanya mempunyai salah dan silap. Cuma reaksi Chef Wan kelihatan terlalu terbuka membuatkannya kelihatan kurang disenangi. Harap kedua-duanya akan berbaik semula kerana suatu hari pasti akan bersemuka jua.

Kisah Nabil bergurau tak bertempat ini sudah menjadi kebiasaan di Gegar Vaganza. Sebelum ini dia pernah bergurau dengan Hazami sehinggakan Hazami melenting. Lihat artikel di bawah dari murai.my.

https://murai.my/23681-video-gangguan-seksual-nabil-ahmad-ditegur-buli-hazami/

chef wangegar vaganzagegar vaganza 2017nabil ahmad
https://lomp.at/y1jk8
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

“Pulangkan Cawan Saya!” – Sweetnya Nora Danish & Mickey Ayo

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Haa… nampaknya ada couple baru yang sedang jadi perhatian netizen sekarang, Nora Danish dan jejaka kacak dikenali sebagai Mickey Ayo!...

Read more
Gossip

KRU Beri ‘Hint’ Juliana Banos Akan ‘Perform’ Di Konsert GenKRU Finale?

Kumpulan muzik pop dan hip hop terkenal, KRU mencetuskan rasa teruja netizen apabila memuatnaik satu foto di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
November 18, 2025
Gossip

Iman Troye Kongsi Foto Jejaka Misteri, Ada Yang Dakwa Gimik Lagu Baru?

Perkongsian terbaharu penyanyi, Iman Troye di akaun TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen, Menerusi hantaran tersebut, Iman Troye...

Read more
by Naddy Joe
December 1, 2025
Gossip

Sufi Rashid Kesal Sabronzo Dikecam Isu Kahwin-“Dia Tak Buat Salah Pun, Kahwin Kot..”

Penyanyi, Sufi Rashid meluahkan rasa kesal melihat ahli kumpula DOLLA iaitu Sabronzo yang dikecam netizen selepas mendirikan rumah tangga bersama...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  5. 5

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore