• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Kerana Video Ini Pasangan Kembar Dianggap Seperti ‘Mariah Carey Malaysia’

by Khai Azfar
October 24, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai dua perkongsian video di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59. Jika satu daripadanya mengundang kontroversi sehingga menjadi perdebatan netizen, video seterusnya seperti ‘menutup kecacatan’ kontroversi tersebut.

Nyanyian Pasangan Kembar Tular Di Media Sosial 

Video yang dimaksudkan adalah nyanyian daripada pasangan kembar Nuf Wafa Amira Hisamudin dan Nur Aliah Izzaty Hisamudin, 24 yang merupakan graduan dan pelajar di Universiti terkemuka berkenaan.

Dalam sidang keenam istiadat konvokesyen tersebut, pasangan ini telah mendendangkan sebuah lagu dari penyanyi antarabangsa popular, Mariah Carey yang berjudul ‘Hero’.

Sebagai rekod, video berkenaan telah mendapat 243 ribu tontonan di laman Twitter dan di YouTube mencatat lebih dari 22 ribu tontonan sehingga ada yang menggelar mereka sebagai ‘Mariah Carey Malaysia’

YouTube video

Lebih manis, persembahan tersebut juga merupakan hadiah dan kejutan buat ibu bapa mereka yang hadir untuk melihat salah seorang daripada pasangan kembar ini, Nur Aliah  Izzaty atau lebih mesra disapa sebagai Aliah yang turut bergraduasi dalam sidang yang sama.

“Sebenarnya kami tak merancang untuk menyanyi sekali. Malah kalau nak tahu ini merupakan kali keenam kami jalani ujibakat untuk adakan persembahan di majlis konvokesyen. Selalunya setiap yang akan membuat persembahan akan ditapis oleh pihak pengelola memandangkan ianya majlis yang penuh dengan penuh istiadat. Tidak sangka pula kami terpilih Kali Ini.

Persiapan pula, jangan cakaplah sebab sehari sebelum majlis kami baru diberitahu dapat buat persembahan. Jadi kami cuba membuat yang terbaik dan ternyata ianya berbaloi kerana ibu dan ayah menangis terharu kami membuat persembahan di hadapan mereka”

Perasaaan Bercampur Baur 

Terima lah nyanyian suara sebak dari saya & kembar @Aliahishamudin

Surprise performance for mama & papa (HERO – @MariahCarey ) ✨ pic.twitter.com/d29aGyWpIr

— Wafahish (@wafahish_) October 19, 2019

Ketika dihubungi Murai.my, pasangan kembar ini turut meluahkan rasa sebak mereka tatkala membuat persembahan. Biarpun Wafa sedih kerana tidak dapat graduasi bersama kembarnya, namun dalam masa yang sama dia terharu kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan bersama.

“Perasaan jangan cakaplah. Macam-macam ada. Saya bangga sebab dapat membuat persembahan di hadapan ibu ayah dan tetamu kehormat yang lain dan dalam masa yang sama agak sebak kerana atas faktor kesihatan yang saya alami sebelum ini, saya tidak dapat konvo bersama Aliah. Tapi apa pun kami gembira dan tidak sangka kerana video tersebut mendapat pujian ramai dan tular di media sosial”

Wafa Bakal Kembali Bersama Bahiya Haneesa 

Dalam perkembangan lain, menurut Wafa yang sebelum ini dikenali sebagai salah seorang penyanyi di dalam kumpulan penyanyi wanita di bawah syarikat rakaman Sony Music, Bahiyya Hanessa berkata buat masa ini dia dan anggota kumpulan yang lain agak sibuk kerana terikat dengan komitmen masing-masing terutama berkaitan pelajaran.

“Sebenarnya kami masih ada lagi, dan menyepi seketika sebab masing-masing terikat dengan komitmen. Tapi apa pun kami akan kembali dengan projek terbaharu tidak lama lagi.

Pasal kolaborasi dengan Aliah pula, sebenarnya dia lebih cenderung kepada pendidikan seperti ingin menjadi pensyarah dalam bidang muzik. Tetapi sekiranya ada rezeki, kami tidak akan menolak mungkin akan hasilkan single bersama”

YouTube video

Mengumumkan Bahiya Haneesa akan muncul dengan projek terbaharu tidak lama lagi, Wafa juga tidak menolak akan menghasilkan single bersama Aliah sekiranya diberikan peluang untuk berkolabarosi memandangkan sebelum ini mereka sering kali berkongsi memuatnaik video ‘cover’ lagu-lagu popular di saluran YouTube mereka. Tahniah buat Wafa dan Aliah!

Bahiya HaneesaWafa Bahiya Haneesa
https://lomp.at/nd6jd
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-“Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena..”

by Naddy Joe
October 23, 2025

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil memohon maaf selepas tular satu video yang memaparkan salah seorang pekerjanya yang...

Read more
Lokal

Haqiem Rusli Terkejut A Aida Ditidurkan ICU, Ada Darah Beku Di Jantung Dan Paru-Paru

Penyanyi popular Haqiem Rusli meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu penerbit terkenal, Datuk A Aida kini sedang ditidurkan di Unit...

Read more
by Puteri Alia
September 26, 2025
Sosial Buzz

Malapetaka di Istana: Kisah Tragis Putera Diraja Bunuh Keluarga Sendiri, Ini 7 Fakta Mengejutkan

Social Buzz kali ini ingin mengimbau kembali kisah kerabat diraja yang begitu tragis. Kisah ini hangat diperkatakan di laman TikTok...

Read more
by Phic ARMAN
December 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Gurauan Anzalna Bersama Suami Buatkan Netizen Terhibur-“Sikat Orang Botak”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Anzalna yang bergurau dengan suaminya itu. Dalam video terbabit jugak menunjukkan Anzalna yang...

Read more
by Noah Ab
October 29, 2025
Lokal

Liyana Jasmay Tegur Pengkritik Filem, Jangan Hentam Karya Tempatan Sampai Matikan

Pengarah dan pelakon berbakat, Liyana Jasmay, menyeru pengkritik filem agar lebih berhemah dalam memberikan ulasan terhadap karya tempatan supaya tidak...

Read more
by Puteri Alia
October 10, 2025
Foto - @yumenglongfans (IG)
Asia

Kematian Yu Menglong Ada Kaitan Dengan Ritual Dalam Kumpulan Elit Politik?

Kematian tragis pelakon China, Yu Menglong telah mencetuskan pelbagai gelombang spekulasi dan teori. Pada mulanya kematian tragis itu dilaporkan sebagai...

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Lokal

Isteri Haqiem Stopa Kesal Anak Dipersalahkan Isu Suami Didakwa Tiru Resepi Auntie Ja

Isteri kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia Zakaria meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepada...

Read more
by Naddy Joe
September 26, 2025
Lokal

Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

Kalau sebut nama Julia Rais, generasi 90-an mesti senyum panjang. Dialah antara pelakon paling cantik, elegan dan berkarisma yang pernah...

Read more
by Phic ARMAN
October 24, 2025
Lokal

Tengku Ampuan Pahang Cuba Buat Kek Lapis Sarawak, Rakyat Teruja Tengok!

Sebuah video tular di media sosial yang dikongsi oleh @kesultanan.pahang di TikTok memaparkan suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)...

Read more
by Farah Fatihah
December 9, 2025
Lokal

Zizi Kirana Titip Wasiat Terakhir Buat Adiknya Sebelum Jejak Ke Gaza, Flotila Kini Dibayangi Kapal Israel

Menabur bakti menuju Gaza bersama misi kemanusiaan, penyanyi Zizi Kirana menitipkan pesanan syahdu buat adiknya, Nurul Nazielah agar menjaga keluarga...

Read more
by Puteri Alia
October 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore