Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Selepas Ritz-Carlton, The Datai Langkawi Pula Ditutup Sementara Akibat Jangkitan COVID-19

Penutupan operasi itu akan dibuat sekurang-kurangnya 10 hari bermula 22 November 2021

by Khai Azfar
November 23, 2021
Share on Facebook

Lagi kes jangkitan COVID-19 membabitkan hotel dan resort mewah di Pulau Langkawi, Kedah dilaporkan. Terbaru, The Datai Langkawi mengumumkan penutupan sementara resort mereka selepas 16 kes positif jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan pekerjanya.

Ditutup 10 Hari 

Difahamkan, penutupan operasi itu akan dibuat sekurang-kurangnya 10 hari bermula semalam (22 November 2021) dan semua individu yang dikesan positif telah diasingkan dan dikuarantinkan. Dalam sebuah kenyataan,pembersihan dan sanitasi terperinci akan dilaksanakan di resort berkenaan.

“Semua kontak rapat sehingga kepada kontrak peringkat menengah telah dikesan dan, kami juga telah melaksanakan ujian susulan ke atas ahli pasukan lain secara rawak.

“Ketika siasatan terperinci dan teliti, kes-kes positif berikutnya telah disahkan. Pihak pengurusan resort segera mengaktifkan kuarantin.

“Menjangkaui protokol yang ditetapkan dan atas kewaspadaan serta keprihatinan terhadap terhadap kesejahteraan tetamu dan pekerja, pihak pengurusan resort juga telah melaksanakan prosedur penutupan sementara,” kata pihak Datai Langkawi

Tawar Inisiatif Buat Tetamu 

Susulan itu, Datai Langkawi memohon maaf diatas kesulitan yang dialami tetamu dan menawarkan beberapa inisiatif buat mereka.

“Bagi sebarang tempahan sedia ada untuk tarikh penginapan termasuk dalam tempoh penutupan sementara, pihak resort menawarkan pertukaran tarikh atau pembatalan percuma tanpa penalti dan bayaran balik penuh. Semua tetamu yang terbabit akan dihubungi terus untuk pilihan alternatif,” kata kenyataan tersebut

Pada Oktober lalu, Murai.my melaporkan seramai 59 orang kakitangan hotel terkemuka di Langkawi, Ritz-Carlton telah disahkan positif wabak COVID-19. Kesemua kes jangkitan berkenaan dilaporkan sebagai Kluster Dah Teluk Nibung.

The Datai Langkawi
https://lomp.at/7u24y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara