Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Janganlah Kita Gembira Atas Kesedihan Orang Lain” – Zarina Zainuddin Harap Najib & Rosmah Kuat

by Arsiqin Yusof
September 2, 2022
Share on Facebook

Pelakon Zarina Zainuddin mendoakan yang baik-baik buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang dijatuhi hukuman undang-undang baru-baru ini.

Menurut Zarina, dia juga merupakan seorang ibu, isteri, dan seorang anak yang masih mempunyai ibu bapa.

“Saya doakan yang baik-baik buat pengakhiran insan yang dipilih Allah ini, ujian hidup mereka sungguh berat untuk melaksanakan dan memuaskan hati semua orang pun berat, apatah lagi diri sendiri. Kita bukanlah sesiapa nak menghakimi orang lain.

“Apa yang kita nampak dengan mata kasar kita yang rakus menuduh mencela itu dan ini. Allahuakbar semoga mereka diberi kesihatan yang baik dalam menuju ke syurga. Allah maha pengampun dan maha mengasihani, janganlah kita gembira di atas kesedihan orang lain. Stay strong Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor,” kongsinya di Instagram.

Respon Netizen Yang Berbeza

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat berbeza, malah ada juga yang mengakui pernah berasa marah terhadap pasangan bekas pemimpin itu namun kini berasa kasihan atas dasar keprihatinan.

Instagram – Zarina Zainuddin

Terdahulu AWANI melaporkan, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Manakala untuk kes Rosmah, Mahkamah Tinggi semalam telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, dan denda RM970 juta ke atasnya berhubung kes rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai 1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

NajibRosmah
https://lomp.at/utwg0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Lokal

Hebat! Anak Sulung Linda Rafar Dapat Keputusan Cemerlang ‘Straight A’ SPM

by Naddy Joe
March 31, 2026

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar berkongsi momen istimewa apabila anak lelakinya, Syed Rezaqib Syed Kamaruzaman yang mendapat keputusan cemerlang dalam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara