Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Ibu Bapa Ketika Memandikan Bayi

by Jash Lee
August 22, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Memandikan bayi kedengaran seperti perkara yang terlalu biasa dan ianya mungkin perkara yang mudah juga bagi anda bukan? Cukup dengan penyediaan air yang suam, sabun, syampu dan pegang bayi dengan kuat. Namun ternyata anda salah! Terutamanya ketika memandikan bayi yang baru lahir.

Ibu bapa seharusnya lebih peka dan berhati-hati akan fizikal bayi yang masih kecil dan kulitnya yang sangat sensitif. Sekiranya anda lalai dan secara tidak sedar, anda telah melakukan kesalahan yang boleh membahayakan kesihatan bayi anda.

via Klikdokter

Memandikan Bayi Terlalu Awal Ketika Baru Dilahirkan

Tidak perlu tergesa-gesa untuk membersihkan bayi ketika bayi baru dilahirkan. Bayi yang mungkin kelihatan “kotor” adalah kerana terdapat banyak lapisan putih yang menyelimuti badan mereka. Lapisan putih ini dipanggil Vernix Caseosa atau biasa disebut Vernix adalah satu lapisan pelindung yang terdiri daripada air, sel kulit dan protein dan ianya sangat berguna untuk melembapkan dan melembutkan kulit bayi serta dapat menjaga bayi agar tetap merasa hangat. Ia juga dapat melindungi bayi dari jangkitan setelah dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO mengesyorkan agar ibu bapa menunggu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum memandikan bayi. Kelewatan memandikan bayi juga baik untuk menstabilkan gula darah di dalam tubuh bayi.

Kerap Memandikan Bayi

via Baituljannah

Bayi tidak seperti orang dewasa yang banyak berpeluh, jadi mereka tidak perlu mandi terlalu kerap. Memandikan bayi memang merupakan satu saat yang paling menyenangkan namun mandi terlalu kerap akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Daripada terlalu kerap memandikan bayi, apa kata anda hanya lap badan bayi agar sentiasa bersih dan segar.

Salah Memilih Produk Mandian Bayi

via SirapLimau

Ibu bapa perlu berhati-hati semasa memilih untuk membeli produk kelengkapan mandian bayi. Hindari dari membeli produk mandian yang mengandungi bahan-bahan yang dapat membuatkan kulit bayi bermasalah seperti masalah ruam dan kegatalan. Bahan-bahan seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) atau Sodium Laureth Sulfate (SLES) yang sememangnya boleh menyebabkan ruam dan kegatalan kulit bayi. Untuk langkah yang lebih selamat, anda digalakkan untuk mencari produk bayi yang berlabel hypoallergenic atau yang tidak menyebabkan alahan. Disarankan juga membeli produk yang tidak mengandungi pewarna atau pewangi bagi melindungi kulit bayi.

Air Mandi Yang Terlalu Panas Atau Terlalu Sejuk

via Firstcry Parenting

Sekiranya suhu air terlalu panas, sudah tentu akan membahayakan kulit bayi yang sememangnya sangat sensitif. Pastikan kulit bayi tidak menjadi merah semasa dimandikan. Jika kulit menjadi merah, itu bermakna air mandian terlalu panas untuk si kecil.  Sementara itu, jika terlalu sejuk pula, bayi akan menggigil ketika dimandikan dan bayi akan berisiko untuk terkena hipotermia.  Suhu air yang betul ialah antara 32 hingga 38 darjah celsius. Celupkan siku anda dan rasakan, jika airnya cukup hangat dan sesuai untuk memandikan bayi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat menjadi rujukan untuk semua ibu dan bapa.

ibubapa kesalahanyangseringdilakukan memandikanbayi
https://lomp.at/opxtt
Share14Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara