Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Ketagihan ‘Update’ Status di FB Tanda Anda Kesepian Terlampau

by Phic ARMAN
March 7, 2017
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Sentiasa kemas kini status di Facebook mungkin boleh menjadi sangat menjengkelkan untuk orang lain, tetapi satu kajian baru mendapati bahawa terlebih kongsi kehidupan di media sosial adalah juga tanda kesepian.

Lebih daripada 79% daripada pengguna-pengguna di media sosial lebih bersikap terbuka mendedahkan maklumat peribadi, seperti buku-buku kegemaran mereka dan filem.

Lebih mengejutkan begitu ramai yang berbangga dengan jumlah pengikut mereka. Bila pengikut begitu ramai, maka pemilik akaun akan update setiap kejadian di media sosial. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup delete gambar hanya kerana jumlah ‘like’ sedikit. Adakah ini penanda aras baru menunjukkan sama ada anda disukai atau dibenci?

Ketagihan ini buatkan mereka berada di media sosial sepanjang masa. Setiap saat ada sahaja mahu dilihat di Instagram. Kalau tiada apa yang terbaru, periksa pula waktu ‘last seen’ di Whatsapp. Lepas itu, periksa pula Tweet-nya, barangkali ada update.

Jika masih tiada lagi sebarang update, mulalah rasa tertekan dan kecewa. Kemudian mulalah fikir perkara-perkara negatif atau membuat andaian sendiri berpandukan perasaan tidak tenteram ketika itu. Adakah ini sebuah kehidupan yang sihat?

Sememangnya media sosial merupakan medium untuk pengguna berhubung antara satu sama lain tanpa berjumpa antara satu sama lain. Tetapi ditemukan sebuah kajian yang menganggap sebaliknya. Sebenarnya media sosial membuat penggunanya merasa semakin kesepian dan keseorangan. Menurut pakar psikologi, semakin ramai orang menghabiskan masa di media sosial, semakin besar pula kemungkinan mereka terpisah dari dunia nyata.

Topik Berkaitan “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

Menurut kajian yang sama yang diterbitkan di American Journal of Preventive Medicine, ahli pemerhati dari Amerika Syarikat menemukan orang yang sering menghabiskan masa lebih dari dua jam di dunia maya bermaksud hidup mereka lebih terasing dan mungkin alami kemurungan.

Para pengkaji juga menemukan, mereka yang melayari pelbagai laman sesawang sebanyak 58 kali atau lebih dalam satu minggu, tiga kali lebih berisiko mengalami sindrom kesepian terlampau.

Profesor Brian Primack dari School of Medicine, Universiti Pittsburgh mengatakan masalah kesihatan mental dan kesepian sudah berada di tahap tinggi di kalangan orang muda.

Semakin banyak waktu dihabiskan untuk online, maka semakin sedikit waktu yang tinggal untuk berinteraksi di dunia nyata. Selain itu, melihat aspek tertentu dari kehidupan orang lain boleh buatkan rasa iri hati dan membuatkan seseorang mengalami hidup yang mengecewakan dan suram kerana membandingkan kehidupan dengan orang lain.

Sumber

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
media sosialTrendingViral
Share11Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  3. 3

    Kenapa Peminat Samakan Rita Rudaini Dan Shakira?

  4. 4

    [VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara