• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

[VIDEO] “Saya Nak Tidur Dengan Tenang, Itu Jer”- Khairul Aming

by Phic ARMAN
September 27, 2023
Share on Facebook

Pempengaruh, Khairul Aming berkongsi bahawa dirinya lebih gemar hidup bersederhana daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri. Walaupun sudah bergelar jutawan namun Khairul memanjakan diri dengan kereta atau rumah mewah.

Difahamkan sekarang dia kekal menggunakan kereta Produa Bezza dan tidak bercadang untuk menukar kereta yang lebih mewah.

“Saya jenis macam ni, tak tahu lah kalau orang lain. Saya ini jenis hidup yang ‘cukup-cukup’ maksudnya saya boleh bayar bil, kos hidup apa semua. Tapi kita nak pendapatan yang lebih besar supaya dapat tidur dengan tenang”- katanya dalam video yang bersiaran secara live.

Kata Khairul, dengan memiliki wang simpanan yang cukup, dia hanya mahukan kehidupan yang selesa tanpa rasa bimbang dan dapat tidur dengan tenang.

“Tapi masalahnya, bila pendapatan kita semakin besar, kita tambah lagi perbelanjaan yang besar, jadi kita akan kembali semula pada yang tempat yang sama. Di mana pada akhirnya kita tidak dapat tidur tenang juga, sebab duit tidak akan pernah cukup,”- katanya.

“Alasan kenapa saya tidak ‘upgrade’ ? Jika saya teruskan dengan gaya hidup saya sekarang, saya boleh tidur dengan tenang. Sebab kita ada simpanan duit yang ‘selesa’ dan saya dapat tidur dengan tenang.”- katanya lagi.

Bebas Dari Hutang

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Selain itu, Khairul Aming turut mendedahkan dirinya tidak suka membuat pinjaman peribadi atau bank semata-mata untuk memenuhi kehendak. Dia menganggap kehidupan bebas hutang adalah jauh lebih baik.

“Tapi kalau saya ada pendapat RM1 Juta, tiba-tiba esok saya nak beli kereta Lamborghini yang berharga RM700,000. Jadi esoknya nya saya tak tidur tenang sebab memikirkan nak ‘maintain’ kereta itu. Duit RM1 Juta itu tak cukup sebenarnya. ”

“Sebab itulah bila orang tanya saya, kenapa tak tukar kereta tu ini, jawapan saya senang, saya hanya nak tidur dengan tenang. Saya dah 6 tahun tak cukup tidur berhempas pulas untuk membangunkan perniagaan saya ini. Sekarang saya hanya nak tidur tenang. Itu sahaja”- tambahnya lagi.

@syaz_aa

#khairulaming khairul@khairulaming #tiktokmalaysian #fyplaa #khairulaminghumble #sambalnyet

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan Khairul Aming kerana tahu membezakan kehendak dan keperluan hidup.

Bermula dengan membuat content masakan untuk dimuat naik ke media sosial, pemilik nama asal Khairul Amin Kamarulzaman ini kini bukan sahaja dikenali sebagai chef selebriti, malah semakin mengorak langkah sebagai usahawan berjaya. Menerusi perkongsian di Twitter sebelum ini,  Khairul memaklumkan produk sulungnya, Sambal Nyet, berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- "Jangan Lupa Minum Air Guys.."
Khairul Aming
https://lomp.at/q9ixt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Penggemar Video Sundal Gelarkan Tertuduh, ‘Daddy Ash’ Sebagai Sifu, – “Bagi Tips Mahaguru”

by Zaidin Albert
January 26, 2024

Tertuduh yang dikenali dengan nama 'Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 merupakan individu yang di...

Read moreDetails
Lokal

100% Wajah Sama Dengan Artis, Kembar Pakya Sepahtu Merupakan Seorang Pengetua Sekolah

by Puteri Alia
April 7, 2023

Wajah pelanduk dua serupa dalam kalangan selebriti tanah air ini bukanlah satu hal yang pelik lagi, bahkan ada yang hampir...

Read moreDetails
Viral

Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

by Jash Lee
September 12, 2023

Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey masih hangat lagi dibincangkan sehingga ke hari...

Read moreDetails
Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

by Ayu Kamaruddin
December 8, 2025

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read moreDetails
Gossip

“Senang Betul Jadi Lelaki Zaman Sekarang Ni..”-Abby Abadi Komen Isu Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan?

by Naddy Joe
March 27, 2024

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai bekas pemain bola kebangsaan yang membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita lain. Selain...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore