Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita yang berusia 22 tahun itu kini menghadapi hukuman penjara atas beberapa pertuduhan, termasuklah pembunuhan darjah pertama.

Bekas cheerleader yang dikenali dengan nama Laken Snelling, didakwa menyembunyikan bayinya yang masih hidup di dalam plastik sampah. Bedah siasat mendapati punca kematian adalah asfiksia (terhentinya bekalan oksigen ke tubuh) melalui cara yang tidak dapat ditentukan.

View this post on Instagram

Kes itu mendapat perhatian ramai selepas polis menerima laporan dari sebuah rumah di luar kampus beberapa blok dari Universiti Kentucky. Rakan serumah Laken menghubungi pihak berkuasa selepas mendengar bunyi-bunyi aneh yang datang dari biliknya dan menemui darah di dalamnya.

Apabila pegawai polis tiba, Laken tiada di rumah. Dia diketahui telah menghadiri kelas walaupun baru sahaja melahirkan anak.

View this post on Instagram

Berdasarkan laporan siasatan, Laken berada di McDonald’s dan kemudian meletakkan kenderaannya di luar sebuah klinik sebelum pulang ke rumah. Dia kemudiannya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Laken mengakui dia melahirkan anak di bilik tidurnya sekitar jam 4:00 pagi. Dia mendakwa bayi itu jatuh ke lantai dan terjaga kira-kira 30 minit sebelum secara tidak sengaja tertidur di atas bayi tersebut.

View this post on Instagram

Akuinya lagi, selepas terjaga dan dia menyedari bahawa bayinya telah berubah warna. Dokumen siasatan menyatakan bayi itu kelihatan berwarna biru dan keunguan.

Laken juga memberitahu polis bahawa dia membalut bayinya dengan tuala dan baring di sebelahnya di atas lantai bilik tidur.

Berikutan penangkapannya, Laken Snelling telah ditahan di Pusat Tahanan Fayette County sehingga 2 September sebelum diberikan tahanan rumah di rumah bapanya di Tennessee. Dia juga dilaporkan telah menarik diri dari Universiti Kentucky.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cheerleaderlaken snelling
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara