Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026
Foto - KlikDokter

Foto - KlikDokter

120
KONGSIAN
Share on Facebook

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil (BuMil) dan ibu yang menyusukan anak.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir wanita hamil cuba untuk berpuasa kerana mahu mengejar keberkatan bulan Ramadan dan mungkin ada yang memikirkan kesukaran untuk menggantikan puasa di bulan lain.

Ulama pula berpendapat wanita hamil dibolehkan berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan.

View this post on Instagram

Makluman untuk semua, paras kandungan gula dalam darah wanita hamil ketika berpuasa adalah lebih rendah berbanding wanita tidak hamil kerana darah ibu perlu sentiasa membekalkan gula glukos kepada bayi.

Kesannya, ibu hamil akan cepat berasa letih, merasa loya dan muntah-muntah hingga kekurangan air di awal usia kehamilan.

Jadi untuk BuMil yang mahu mencuba untuk berpuasa di bulan Ramadan, MURAI cadangkan enam makanan yang boleh kamu ambil untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

1. Buah labu merupakan makanan yang sangat sihat untuk wanita hamil kerana ia kurang kalori. Selain daripada itu, ia dapat melambatkan kelaparan dan mempunyai kandungan air sangat tinggi sebanyak 94% sekali gus dapat elakkan dehidrasi.

2. Buah tembikai pula dapat membantu badan kekal sihat dan cergas. Untuk pengetahuan, tembikai merupakan sumber serat, kaya dengan air (99%), membantu hilangkan sakit perut dan gastrik- sangat disyorkan untuk mereka yang berpuasa!

3. Buah anggur dapat membantu membersihkan darah, memberi kesihatan yang baik, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut- Sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berpuasa.

4. Barli sangat disyorkan kerana ia dapat menyejukkan badan dan mengawal kandungan glukosa dalam badan- Sesuai untuk ibu hamil dan individu yang mempunyai diabetes.

5. Susu merupakan minuman yang mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi- Saranan MURAI, minum ketika sahur dan selepas berbuka puasa.

6. Buah kurma mengandungi lemak yang rendah, kaya dengan vitamin dan juga mineral. Ia merupakan superfood terbaik untuk wanita hamil yang mahu kekal bertenaga sepanjang hari.

Pesan MURAI, jika wanita hamil tidak larat dan tidak berkemampuan untuk berpuasa, jangan cuba-cuba paksa diri ye. Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bumilhamil di bulan puasaIbu Hamiltips puasawanita hamil
Share48Tweet30SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara