Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Khir Rahman Hampir Tarik Diri! JBORN Tak Sangka Ke ‘Final’ MLM

by Khai Azfar
January 6, 2020
Share on Facebook

Menepati ramalan sebelum ini, kumpulan JBORN berjaya mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) yang akan berlangsung pada 10 Januari 2020.

Sasaran Hanya Hingga Minggu Kelima 

JBORN yang dianggotai oleh Khir Rahman, Vicha dan Joey memperoleh tempat kedua di peringkat separuh akhir selepas membawakan dua persembahan termasuklah bertemakan budaya dan dialek. Merupakan kemunculan pertama  di dalam pentas MLM, mereka akui tidak menyangka akan layak mara sehingga ke peringkat akhir.

Melihat persaingan yang cukup sengit apatah lagi dengan penglibatan kumpulan-kumpulan yang cukup hebat dan sudah sebati dengan MLM, menurut JBORN ketika ditemui Murai.my usai dari rancangan itu pada awalnya mereka hanya meletakkan sasaran hingga minggu kelima.

“Kalau nak diukur dari segi peminat dan populariti, kami seperti cap ayam sahaja, tetapi kami tetap berusaha dan tidak sangka sampai sehingga ke peringkat ini. Jujur setiap minggu kami takut tersingkir.

Sebelum ini kami target lima minggu, sebab kami masih baru. Sama macam Muzikal Lawak Superstar,kami target mungkin sampai 4 atau 5 minggu pun dah okay sekali pergi terus champion”

Khir Hampir Tarik Diri 

Bagi Khir pula, pada awal pembabitan mereka dia hampir menarik diri kerana tidak yakin akan kemampuannya untuk beraksi di atas ‘pentas lawak’ apatah lagi bakal menyusahkan ahli kumpulan yang lain.

“Bayangkan, lebih kurang dua atau seminggu sebelum bermula MLM saya nak tarik diri sebab saya tak tahu, takut menyusahkan ahli kumpulan yang lain, saya risau tak kelakar. Itu sebab saya target hanya lima minggu”

Namun, dek kerana ingin membuat keputusan tersebut, Vicha dan Joey turut ingin menarik diri sekaligus membatalkan hasratnya berbuat demikian.

“Kalau abang Khir tarik diri, saya dan abang Joey pun nak tarik diri. Abang Khir ada cakap dekat saya, korang carilah orang lain yang lebih layak, jawapan saya ‘NO'” kata Vicha

Pusingan separuh akhir MLM turut membuat kejutan dengan mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu tersebut dan akan menyaksikan persaingan diantara lima kumpulan pelawak yang terdiri daripada JBORN, Bocey, RARE, ZERO dan PUTEH.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
JBORNkhir rahmanmaharaja lawak mega
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara