Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kilafairy Dedah Mimpi Ngeri Syurga dan Neraka Buatnya Terus Bertudung – “Saya Nampak Syaitan”

by Puteri Alia
November 1, 2025
Share on Facebook

Pelakon jelita Kilafairy akhirnya membuka kisah yang selama ini disimpannya rapat di hati,  sebuah pengalaman peribadi yang cukup menginsafkan dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Buat pertama kali, anak kepada penyanyi Allahyarham Rohana Jalil itu mendedahkan bahawa keputusannya menutup aurat bukan kerana desakan mana-mana pihak, tetapi berpunca daripada sebuah mimpi yang sangat menggetarkan jiwa tentang syurga dan neraka.

Menurut Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, mimpi itu hadir selepas bertahun-tahun dia memohon petunjuk daripada Allah agar diberi kekuatan menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Selama bertahun-tahun, doa saya cuma satu, ‘Ya Allah, saya nak jadi Muslimah yang baik. Tunjukkan saya jalan dan takutkan saya’. Malam itu, saya tidur dan bermimpi nampak setiap perincian tentang syurga dan neraka. Selepas terjaga, saya terus pesan tudung dan ambil selendang milik mama,” katanya dalam satu audio siar yang kini tular.

Dalam keadaan masih terkejut dengan apa yang dialaminya, Kilafairy menghubungi sahabat baiknya, Neelofa, untuk berkongsi tentang mimpi tersebut.

“Saya juga hubungi Neelofa, masa itu dia belum kahwin dengan Haris. Dia tanya nak ustaz terjemahkan mimpi, jadi saya jumpa Haris,” katanya merujuk kepada pendakwah dan suami Neelofa, PU Riz.

Apa yang lebih mengejutkan, jelas Kilafairy, setiap butiran dalam mimpi itu seakan-akan benar-benar selari dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan hadis.

“Setiap perincian saya mimpi ada dalam hadis dan al-Quran. Contohnya, saya boleh nampak urat tangan syaitan-syaitan ada lava. Suara macam petir, tinggi macam gunung. Sebelah sini tolak orang dalam gaung, sebelah sini tarik lidah potong. Saya nampak dan terfikir macam mana boleh dapat mimpi begini,” ujarnya dengan nada sebak.

Dalam mimpi itu juga, katanya, terdapat satu bahagian yang begitu menyentuh hati apabila dia melihat seorang lelaki berwajah gelap seperti Bilal bin Rabah, sosok yang disebut dalam hadis tentang ahli syurga.

“Bahagian yang seronok, ada satu manusia gelap macam Bilal (tukang azan). Masa tengah potong tangan, orang ini jejak di neraka, terus jadi sungai warna macam dalam hadis cakap fasal syurga. Saya dalam syurga, saya cakap kawan-kawan saya di sana (neraka). Dia cakap tak boleh, kena selamatkan seorang saja,” katanya.

PU Riz yang mendengar pengalamannya ketika itu menyatakan bahawa mimpi tersebut adalah satu rahmat dan tanda Allah sedang membimbingnya untuk berubah.

“Saya beritahu Haris, dia cakap awak beruntung sebab awak akan berakhir di syurga. Ada harapan,” kata Kilafairy sambil mengakui pengalaman itu benar-benar mengubah perspektif hidupnya.

Sejak itu, pelakon filem Karak itu mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada tahun 2020. Namun dia tidak menafikan perjalanan menjadi Muslimah sejati bukan sesuatu yang mudah.

“Saya pernah berperang dengan perasaan untuk buka tudung semula. Tapi bila ingat mimpi itu, saya takut. Sekarang baru saya faham betapa sukarnya untuk kekal istiqamah,” katanya jujur.

Kini, Kilafairy lebih tenang dan bersyukur kerana diberi peluang merasai keinsafan yang begitu mendalam. Bagi dirinya, mimpi itu bukan sekadar gambaran, tetapi satu panggilan untuk kembali kepada jalan yang benar dan sejak detik itu, hidupnya tidak lagi sama.

kila fairy
https://lomp.at/2efii
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara