Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kim Seon Ho Akan Mengadakan Pertemuan Bersama Peminat “One, Two, Three Smile” Di Kuala Lumpur!

by Jash Lee
August 7, 2023
Share on Facebook

Pelakon Korea Kim Seon Ho akan mengadakan pertemuan peminatnya di Kuala Lumpur! 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” yang dianjurkan oleh PULP Live World dan Happee Hour akan berlangsung di Mega Star Arena pada 18 Ogos 2023 (Jumaat), 8 malam.

Sebagai seorang aktor yang berbakat dan berdaya tarikan, Kim Seon Ho muncul sebagai pelakon Korea yang digemari ramai.

Penampilan sulung Kim Seon Ho dalam drama “Good Manager” (2017) telah memaparkan potensinya sebagai pelakon yang mampu memainkan watak komedi ataupun watak dramatik. Aktor ini kemudian menyertai ragam hiburan “2 Days & 1 Night” (2019) musim keempat yang membolehkannya memenangi “Anugerah Pengacara Baharu Bahagian Hiburan” dalam 2020 KBS Entertainment Awards. Selepas itu, Kim Seon Ho telah membintangi beberapa drama yang terkenal, termasuk “Start-Up” (2020) yang menyebabkan dia dikenali ramai.

Tidak Sabar Untuk Menanti Kedatangan Kim Seon Ho!

Pelakonan Kim Seon Ho dalam “Start-Up” telah diiktiraf oleh pelbagai badan anugerah. Dia teleh dicalonkan sebagai “Pelakon Sokongan Terbaik” dalam Baeksang Arts Awards ke-57 dan memenangi anugerah “Aktor Paling Popular” dalam majlis anugerah tersebut. Kim Seon Ho juga memenangi anugerah “Emotif Terbaik” dalam Anugerah Artis Asia 2020. Malah, nama Kim Seon Ho menjadi lebih termasyhur dengan watak “Hong Du Sik” dalam drama “Hometown Cha Cha-Cha” (2021). Drama ini merupakan salah satu drama bersiri yang mencapai penarafan tertinggi. Dengan watak “Ketua Hong”, Kim Seon Ho telah dinamakan sebagai “Pelakon Televisyen Tahunan Gallup Korea”.

Kim Seon Ho yang semakin terkenal digemari oleh banyak peminat, sama ada peminat dalam Korea ataupun peminat antarabangsa. Senyumannya yang manis, keperibadiannya yang mesra dan sikapnya yang merendahkan diri telah menarik perhatian peminat daripada semua peringkat umur. Maka pada tahun ini, dia merancang untuk memulakan jelajah pertemuan peminat di Asia dan Kuala Lumpur merupakan salah satu perhentian dalam jelajahnya.

Peminat Kim Seon Ho berpeluang untuk menyaksikan bakat dan pesonanya dalam 2023 Kim Seon Ho Asia Tour in Kuala Lumpur “One, Two, Three. Smile” pada 18 Ogos, 8 malam di Mega Star Arena. Seonhohada (gelaran peminat Kim Seon Ho) di Kuala Lumpur, bersedialah untuk meluangkan masa bersama Kim Seon Ho pada Jumaat tersebut!

Pertemuan peminat ini dianjurkan oleh SALT Entertainment, APLANET Entertainment, ACO Media, PULP Live World dan Happee Hour.

Tiket akan dijual mulai 10 Ogos 2023, 12 tengah hari melalui www.ticket2u.com.my.

Harga Tiket: VIP RM 888 | KIM RM 688 | SEON RM 488 | HO RM 288 (Tidak termasuk caj transaksi bagi setiap tiket)

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila melayari Facebook, Twitter dan Instagram PULP Live World atau melayari www.pulp.ph.

#KIMSEONHOinKL2023

Kim Seon Ho
https://lomp.at/1gsxr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara