Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Kini Dengan ‘Right-Hand Drive’, Tapi iCAUR V23 Ini Berbaloi Ke Nak Sambar?

by Phic ARMAN
October 29, 2025
Share on Facebook

Kalau anda tengah cari SUV elektrik yang nampak mahal tapi tak terlalu “over”, ha… ini berita baik. iCAUR baru sahaja lancarkan model baharu mereka, iCAUR V23, dan yang bestnya,ada versi pemanduan sebelah kanan (Right-Hand Drive) khas untuk pasaran Malaysia.

Model ini kira macam “adik berjiwa muda” kepada iCAUR 03 dulu. Kalau yang lama tu nampak serius, V23 ni pula lebih santai, moden, tapi masih ada gaya retro yang buat ramai pandang dua kali. Menurut Pengarah Pemasaran iCAUR Malaysia, Daniel Lai, kereta ini memang dibuat untuk orang muda yang suka adventure dan nak gaya hidup moden tapi tak nak pening pasal minyak atau servis mahal.

Reka bentuk dia memang cun. Bentuk petak tapi bergaya, macam campuran SUV klasik dan robot masa depan. Jangan pandang ringan sebab walaupun nampak kompak, ia tetap nampak gagah. Sesuai kalau anda nak lenjan dalam bandar, naik Genting, atau masuk jalan kampung sikit pun boleh.

Ada dua versi:

  • 2WD (pacuan dua roda) – motor tunggal, 136 PS, boleh jalan sampai 401 km sekali cas.
  • iWD (pacuan empat roda pintar) – dua motor, 211 PS, boleh capai 501 km.

Kalau bab laju, yang iWD boleh pecut 0 ke 100 km/j dalam 7.5 saat. Kiranya senang kalau nak potong lori dekat highway, tak sempat menguap pun dah sampai depan.

Pengecasan pun senang, versi 2WD boleh cas pantas DC 85 kW, manakala iWD sampai 104 kW. Tapi yang paling menarik, iCAUR V23 ada fungsi Vehicle-to-Load (V2L). Maksudnya, kereta ini boleh bagi tenaga elektrik dekat peralatan luar. Tengah camping nak masak guna rice cooker pun boleh, janji tak lupa bawak extension.

Bahagian dalam dia pun lain macam , ada kamera bawah casis (boleh nampak bawah kereta masa memandu), butang kawalan putar ala retro, dan skrin besar. Teknologi keselamatan pun lengkap, ada brek automatik, amaran keluar lorong, dan cruise control pintar.

Harga dijangka antara RM145,000 hingga RM155,000, tapi kalau banding dengan SUV elektrik lain, ini kira berbaloi. Dah la gaya lawa, fungsi pun banyak.

Kalau anda nak tengok depan mata, boleh pergi ke Starhill Piazza, KL, dari 30 Oktober sampai 2 November 2025, 10 pagi sampai 10 malam. Ada juga aktiviti menarik dan hadiah eksklusif untuk pengunjung.

Kesimpulannya, iCAUR V23 ni macam SUV yang tahu siapa target dia,  orang muda, bergaya, tapi masih fikir praktikal. Sekarang dah ada versi Right-Hand Drive, nampaknya rakyat Malaysia pun boleh mula “main” kereta elektrik dengan penuh gaya.

Nak nampak moden tapi masih rugged? Ini lah dia, iCAUR V23.

iCAUR
https://lomp.at/33ezk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Automotif

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

by Phic ARMAN
March 6, 2026

GWM Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara