Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Sanggup Bawa Bot Dari Melaka Ke Shah Alam! Netizen Terharu Dengan Jasa ‘Abang Viva Viral’

Niatnya hanya satu, cuma ingin membantu mereka yang terperangkap di dalam banjir.

by Khai Azfar
December 24, 2021
508
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika disebut mengenai Azwan Omar mungkin ramai yang akan tertanya siapakah figura ini? Namun jika dinyatakan sebagai ‘Abang Viva Viral’ barangkali sudah ramai sedia mengetahui mengenai kisahnya yang tular di media sosial.

Ramai Terharu Dengan Abang Viva Viral 

Figura ini bukan menteri ataupun seorang individu yang dikategorikan sebagai orang yang berada. Namun, keikhlasan dan kegigihannya untuk membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini membuatkan ramai yang terharu.

Manakan tidak, hanya berbekalkan wang RM50 dan sanggup membawa bot dengan kereta jenis Viva miliknya daripada Melaka ke Shah Alam, niatnya hanya satu, cuma ingin membantu mereka yang terperangkap di dalam banjir.

Kisah Di Sebalik Abang Viva Viral 

Malah, Azwan turut memohon cuti kecemasan dari majikannya bagi tujuan tersebut. Beberapa perkara yang lebih mengharukan turut dikongsi netizen di media sosial. Berikut antara intipati kisah di sebalik Abang Viva Viral.

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.

2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

3. Bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Ketika di Shah Alam. dia hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.

6. Cerita mengenainya tular  sehingga orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”

Mahu Kerajaan Hargai Sumbangan

Kisah tersebut bukan sahaja mengharukan malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencontohi sikapnya dalam membantu orang lain.

– Thread Unsung Hero Abang Viva –

1. Nama sebenarnya, Azwan Omar. Travel dari Melaka ke Shah Alam sambil bawa sebuah bot atas bumbung kereta Viva.

2. Bekerja sebagai operator mesin, dia memohon cuti kecemasan daripada majikannya utk selamatkan mangsa banjir di Shah Alam pic.twitter.com/uNR5Xdufki

— ? (@am_juney) December 23, 2021

Sehingga kini, pengguna di media sosial masih hangat memperkatakan mengenainya dan berharap sumbangan dan jasanya itu akan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.  Terima kasih Abang Viva Viral!

Abang viva viralbanjir 2021
https://lomp.at/hntqy
Share203Tweet127SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem